Tingkat ekonomi melalui pembangunan teknologi, bakat berkualiti – Ismail

Tingkat ekonomi melalui pembangunan teknologi, bakat berkualiti – Ismail

Kerajaan memberi keyakinan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi melalui penerimagunaan teknologi baharu selain penciptaan dan pembangunan teknologi tempatan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Perkara itu dijelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi tadi di mana turut menjelaskan kerajaan sentiasa berusaha membangunkan bakat masa hadapan bagi pertumbuhan ekonomi lebih inklusif dan mampan.

Ismail Sabri berkata, mesyuarat turut bersetuju dengan cadangan Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) supaya langkah intervensi diambil bagi meningkatkan kedudukan Malaysia agar berada antara 20 teratas dunia dalam Indeks Inovasi Global (Global Innovation Index).

“Ini selari dengan sasaran Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) selain satu langkah strategik inovasi diwujudkan bagi meningkatkan pengkomersialan teknologi dan inovasi negara berikutan ketidakpadanan bidang itu dengan kehendak industri.

“Mesyuarat juga mengambil maklum berkaitan cabaran dan situasi bakat sedia ada seperti cabaran mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi serta menarik bakat berkemahiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, negara juga berdepan saingan daripada negara maju lain yang menawarkan gaji lebih tinggi untuk menarik bakat berkemahiran ke sektor-sektor yang berpotensi tinggi

“Mesyuarat juga bersetuju untuk meneliti semula dasar-dasar melibatkan sumber manusia dan modal insan di semua kementerian berkaitan secara menyeluruh bagi menangani cabaran pasaran buruh.

“Kerajaan sentiasa berusaha memastikan negara sentiasa bergerak maju kehadapan seiring perubahan teknologi dan memenuhi keperluan semasa pasaran buruh bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” jelasnya. K Online

Tingkat ekonomi melalui pembangunan teknologi, bakat berkualiti – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker