The Prayer Mat terima pengiktirafan antarabangsa
The Prayer Mat terima pengiktirafan antarabangsa
BERMODALKAN hanya RM3,000 untuk membeli 100 helai sejadah, The Prayer Mat Sdn. Bhd. kini sudah mempunyai dua cawangan sendiri, di samping enam pengedar di beberapa buah negeri di seluruh negara.
Syarikat yang mula beroperasi pada awal 2020 tersebut pada awalnya hanya menjual sejadah yang diimport dari Madinah dan Mekah, Arab Saudi kepada kenalan pengasasnya, Dr. Siti Norwahida Shukri.
Namun, permintaan yang memberangsang mendorong pensyarah dari University of Hail, Arab Saudi itu mula menjual sejadah dan juga pelbagai lagi barangan seperti karpet rumah, tasbih dan minyak wangi dari tanah suci tersebut secara atas talian.
Eksekutif Operasinya, Nor Alamghir Nor Asmadi berkata, beroperasi dalam situasi pandemik Covid-19 ketika itu tidak mematahkan semangat mereka untuk terus bertapak sehingga mampu mencapai jualan kira-kira RM500,000 sebulan ketika ini.
NOR ALAMGHIR NOR ASMADI (kiri) bersama Sameer Abeed Al Dashan (kanan) menunjukan sejadah yang ada dijual di cawangan baharu The Prayer Mat di di Bangi Central, Bangi, Selangor di sini baru-baru ini.
Katanya, sebahagian besar daripada sumbangan jualan syarikat adalah daripada jualan dalam talian iaitu sebanyak RM400,000 dan selebihnya adalah daripada cawangan mereka di Aman Central, Kedah dan cawangan yang baharu dibuka di Bangi, Selangor.
“Sejak mula lagi perniagaan kami adalah melalui dalam talian. Pada masa itu, orang ramai tidak dapat keluar kerana sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi banyak pembelian dibuat dari dalam talian.
“Oleh itu, kami menyahut cabaran dengan membangunkan perniagaan kami semasa pandemik. Kini selepas dua tahun, kami mula memperluaskan perniagaan dengan membuka cawangan supaya orang ramai dapat pergi dan melihat sendiri sejadah dan barangan yang dijual,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.
Sementara itu, Nor Alamghir memberitahu, The Prayer Mat juga telah dianugerahkan sebagai pengedar karpet Madinah terbesar di Malaysia oleh syarikat pengeluar karpet terkemuka di Arab Saudi, MADA Carpet Company.
PEKERJA The Prayer Mat sedang membersihkan sejadah untuk dipamerkan dan dijual di cawangan baharu mereka di Bangi Central, Bangi, Selangor di sini baru-baru ini.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MADA Carpet Company, Greg Smith dan Ketua Bahagian Jualannya, Samer Abed Al Dashan kepada The Prayer Mat dalam satu majlis di Hotel Four Season Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ujar beliau, The Prayer Mat diberi pengiktirafan tersebut kerana prestasi jualannya yang memberangsangkan.
Menurutnya, selain menjual produknya sendiri di cawangan dan secara dalam talian, syarikat juga mempunyai enam pengedar iaitu di Perlis, Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah.
“Kami juga mempunyai kira-kira 1,000 reseller di seluruh negara termasuk di Singapura. Bagi perancangan masa depan, syarikat juga menyasarkan untuk menembusi pasaran ASEAN terutamanya di Indonesia, Singapura dan Brunei.
“Buat masa ini, kami sudah ada perbincangan dengan pihak Indonesia dan dijangka pasaran tersebut dapat ditembusi pada tahun depan.
“Indonesia adalah satu pasaran yang berpotensi kerana kuasa beli atas talian mereka juga agak tinggi,” jelasnya.
Tambahnya, produk mereka bermula daripada RM45 boleh didapati di laman web https://theprayermatmalaysia.com/. Utusan
The Prayer Mat terima pengiktirafan antarabangsa
Baca Artikel Menarik:
- Letupan kecil di Pavilion KL akibat litar pintas
- Neelofa mohon maaf salah panggilan ‘boy’
- Lelaki jual donat 10 sen sebiji seronok niaga sambil sedekah
- Pengasas Majalah Gila-Gila meninggal dunia pada usia 75 tahun
- Saya dengan presiden sangat rapat – Ismail
- Kaitkan rasuah dengan etnik tertentu tindakan dangkal – Lian Ker
- Doktor Ini Jawab Tular Di TikTok Konon Air Coke Mampu Legakan Batuk! Boleh Ke? [VIDEO]
- Nahas di tapak ECRL, lelaki maut kepala digilis lori sendiri
- Wanita tikam suami curang, rebus mayat dalam periuk
- Wanita buat senaman perut sambil tergantung di tepi pesawat
- Wanita berhabis RM265,000 untuk jadi kembar Kim Kardashian
- Lelaki mati ditembak lapan das depan pagar rumah
- Pegawai imigresen ‘halau’ orang awam ditukar serta-merta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.