Pemimpin tertinggi UMNO kini di kediaman rasmi PM
PUTRAJAYA – Beberapa orang pemimpin kanan UMNO dilihat telah tiba pekarangan Kompleks Seri Perdana di sini sejak pukul 6 petang tadi.
Antara yang terawal dilihat memasuki kompleks berkenaan adalah kenderaan milik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Kira-kira satu jam kemudian, dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dilihat berhenti di hadapan balai pengawal kompleks tersebut sebelum meneruskan perjalanan namun tidak dapat dipastikan pemiliknya.
Dalam pada itu, satu sumber mengesahkan pertemuan antara pemimpin-pemimpin itu berlangsung kira-kira pukul 8 malam tadi.
Petang tadi, seramai 158 ketua bahagian UMNO yang hadir ke mesyuarat tergempar di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur mendesak pilihan raya umum diadakan dengan kadar segera.
Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos berkata, desakan itu akan disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob oleh Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat tertinggi parti terdekat.
“Majoriti Ketua Bahagian yang hadir hari ini setuju PRU-15 (Pilihan Raya Umum) diadakan dengan kadar segera.
“Mesyuarat hari ini adalah untuk melihat kesiapsiagaan dan keperluan untuk PRU-15 nanti, mungkin dalam tempoh sebulan atau mungkin seminggu lagi,” katanya.
Dalam mesyuarat tergempar itu, hanya tiga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti yang hadir, manakala Ismail Sabri serta Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak hadir kerana ada urusan lain.
Media tempatan seterusnya melaporkan pemimpin tertinggi UMNO dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri malam ini susulan ketidakhadiran beliau pada pertemuan tergempar itu.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Letupan kecil di Pavilion KL akibat litar pintas
- Neelofa mohon maaf salah panggilan ‘boy’
- Lelaki jual donat 10 sen sebiji seronok niaga sambil sedekah
- Pengasas Majalah Gila-Gila meninggal dunia pada usia 75 tahun
- Saya dengan presiden sangat rapat – Ismail
- Kaitkan rasuah dengan etnik tertentu tindakan dangkal – Lian Ker
- Doktor Ini Jawab Tular Di TikTok Konon Air Coke Mampu Legakan Batuk! Boleh Ke? [VIDEO]
- Nahas di tapak ECRL, lelaki maut kepala digilis lori sendiri
- Wanita tikam suami curang, rebus mayat dalam periuk
- Wanita buat senaman perut sambil tergantung di tepi pesawat
- Wanita berhabis RM265,000 untuk jadi kembar Kim Kardashian
- Lelaki mati ditembak lapan das depan pagar rumah
- Pegawai imigresen ‘halau’ orang awam ditukar serta-merta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?