Tiada penjaga pondok lintasan punca kereta api rempuh 2 kenderaan

Tiada penjaga pondok lintasan punca kereta api rempuh 2 kenderaan

KOTA KINABALU: Sebuah kereta api penumpang terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di lintasan rata persimpangan bertingkat Jalan Lintas-Kepayan, dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.40 petang apabila kereta api empat gerabak membawa lebih 70 penumpang dari Beaufort ke Kota Kinabalu, merempuh masing-masing sebuah pacuan empat roda dan lori.

Bagaimanapun, tiada penumpang dilaporkan cedera dalam insiden itu, begitu juga pemandu lori dan pacuan empat roda terbabit.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata insiden dikenal pasti berpunca daripada kecuaian penjaga lintasan rata.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya negeri, berkata berdasarkan laporan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS), tiada penjaga bertugas di pondok lintasan rata di persimpangan terbabit ketika kejadian.

“Ketiadaan penjaga yang sepatutnya bertugas di pondok lintasan rata terbabit menyebabkan siren amaran dan palang landasan kereta api tidak dapat diaktifkan ketika kereta api tiba di lintasan rata itu.

“Akibatnya kereta api bertembung dengan lori dan pacuan empat roda milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS). Kedua-dua kenderaan ini bergerak dari Jalan Lintas-Kepayan menuju ke KKIA. BH

Tiada penjaga pondok lintasan punca kereta api rempuh 2 kenderaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker