Itu pandangan peribadi Tuanku – Takiyuddin

PAS tidak setuju.

Itu pandangan peribadi Tuanku – Takiyuddin

PAS berpendapat saranan disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, mengenai perubahan kerajaan adalah pandangan peribadi baginda.

Kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan seseorang perdana menteri boleh dianggap hilang keyakinan terhadapnya melalui beberapa kaedah yang dinyatakan dalam perlembagaan.

Kata Takiyuddin setiap orang perlu memberikan pandangan berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Itu pandangan tuanku, tapi siapa pun yang bercakap ia mesti mengikut perlembagaan persekutuan… apa-apa pun mesti ikut perlembagaan,” katanya ketika ditemui di parlimen hari ini.

Semalam semasa menyampaikan titah perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 Sultan Ibrahim menegaskan baginda tidak akan melayan sebarang permintaan untuk menjatuhkan kerajaan.

Titah baginda semua pihak perlu menghormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk.

“Semua pihak mestilah menerima kenyataan dan menghormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk.

“Jika ada hendak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang,” titahnya.

Sultan Ibrahim juga menggesa semua ahli parlimen – tanpa mengira parti – untuk bekerjasama membina negara dan berkhidmat kepada rakyat.

Takiyuddin yang juga seorang peguam menambah seseorang perdana menteri boleh digantikan walaupun ketika parlimen masih berkuat kuasa, iaitu apabila individu terbabit hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Hal tersebut, katanya, termaktub dalam perlembagaan.

“(Dalam parlimen) boleh, di luar parlimen boleh buat.

“Kalau macam dulu, PH cuba buat (hilangkan sokongan majoriti pada perdana menteri) di luar parlimen. (Kalau) vote of confidence (undi percaya) dalam parlimen,” katanya. Mk

Itu pandangan peribadi Tuanku – Takiyuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker