Ular dalam pesawat Thai AirAsia

Ular dalam pesawat Thai AirAsia

Bangkok: Penumpang dalam penerbangan Thai AirAsia dari Bangkok ke Phuket, baru-baru ini, dikejutkan dengan kehadiran ular yang merayap di salah satu ruang penyimpanan barang di dalam kabin, lapor portal The Straits Times.

Kejadian itu dikongsikan seorang pengguna aplikasi TikTok @wannabnailssalon sehingga mencatat 3.4 juta tontonan, sejak video insiden itu dimuat naik ke media sosial berkenaan.



Kelihatan beberapa penumpang dengan pantas bergerak dari tempat duduk mereka, manakala yang lain mula merakam kejadian yang dipercayai berlaku pada 13 Januari itu.

Menerusi video itu, seorang pramugari dilihat cuba memerangkap ular kecil itu dengan menggunakan botol air yang kosong, tetapi tidak berjaya. Reptilia terbabit kemudiannya ditolak masuk ke dalam beg sampah dengan menggunakan botol air itu.

Menurut laporan, reptilia itu ditemukan ketika pesawat itu hendak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket.

Selepas mendarat, pegawai keselamatan dimaklumkan untuk membuat pemeriksaan kabin dan pesawat sekiranya terdapat ular lain, tetapi tiada sebarang penemuan lain.



Beberapa pengulas pada video TikTok mempersoalkan bagaimana ular itu masuk ke dalam kabin pesawat.

Ada netizen berkata, insiden itu mengingatkan mereka kepada filem Hollywood, Snakes On A Plane, yang mana berpuluh-puluh ular berbisa dilepaskan dalam pesawat penumpang dalam percubaan untuk membunuh saksi perbicaraan. HM

Ular dalam pesawat Thai AirAsia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton

Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah



Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker