Titik perubahan guru pendiam jadi mangsa ragut

Titik perubahan guru pendiam jadi mangsa ragut

Detik cuai lima tahun lalu ketika berdepan dengan perompak bersenjata menjadikan seorang guru piano yang pendiam kepada jaguh komuniti.

Mary Jegaraj berkata sebelum ini kehidupannya sederhana yang hanya fokus pada aktiviti melibatkan muzik dan gereja. Dia langsung tidak peduli dengan media sosial.

Tetapi selepas kejadian ragut di halaman rumahnya pada 2017 itu, dia mula aktif dengan aktiviti melibatkan hal ehwal masyarakat – dan kini menyebarkan pesanan tentang penipuan dan berita palsu.



“Saya seorang yang sederhana dan teliti tetapi pada hari itu saya cuai, dan saya marah kepada diri sendiri kerana cuai,” kata Mary, yang kini berusia 50-an.

Ketika kejadian, dia dan rakannya baru pulang dari membeli-belah dan sedang turun dari kereta di halaman rumah apabila seorang lelaki membawa pistol masuk dan meragut beg tangannya.

“Sepatutnya apabila saya masuk ke halaman, saya akan menutup pintu pagar automatik dengan alat kawalan jauh sebelum turun dari kereta. Pada hari itu, saya tak terfikirkan itu. Sebaik saja saya keluar, ada seorang lelaki muncul dengan pistol, tarik beg dari bahu saya, dan melarikan diri dengan sebuah kereta,” katanya kepada FMT.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsinya bersama rakan-rakannya itu dengan pantas tular di media sosial. Polis menahan pelaku kira-kira seminggu kemudian.



Tetapi dia menerima banyak kritikan di media sosial termasuk warganet yang berkata dia telah membiarkan pintu pagar terbuka selama 40 saat “dan lelaki itu hanya mengambil masa 12 saat” untuk melakukan rompakan itu.

Katanya, polis memberitahunya dia adalah antara tujuh mangsa kepada pelaku itu pada hari itu dan seterusnya.

Dua rakan yang melihat rakaman CCTV itu mengajaknya menyertai kumpulan berasaskan komuniti MyPJ, yang menjadi tempat ahli kumpulan berbincang dan menyelesaikan masalah berbangkit dalam kalangan penduduk.

Mary mengambil tugas untuk meningkatkan kesedaran tentang pencegahan jenayah. Semasa tempoh penutupan Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP), dia mengambil tanggungjawab untuk menapis “berita palsu” yang tersebar.



“Ketika itu, penyebaran berita palsu berkaitan Covid-19 dan PKP berleluasa. Orang ramai tidak dapat bezakan mana fakta, mana fiksyen.

“Saya berusaha untuk buat laporan polis mengenai berita palsu yang tertentu. Rakan sekerja saya tidak menjangkakan saya akan pergi ke tahap itu untuk mengekang khabar angin yang boleh menimbulkan ketakutan,” katanya.

Sejak itu, dia membantu menyebarkan pesanan, terutamanya kepada warga emas, tentang cara untuk mengenal pasti penipuan dan berita palsu.

Katanya, sekiranya bukan kerana kejadian ragut menimpanya itu, dia mungkin tidak akan melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. “Saya melihat kejadian itu sebagai satu hikmah. Tanpanya, mungkin saya tidak akan bergaul dengan masyarakat. Saya pun tidak tahu wujudnya NGO seperti itu,” katanya. FMT

Titik perubahan guru pendiam jadi mangsa ragut

hr />

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker