Resepi Udang Masak Bawang Sedap

Resepi Udang Masak Bawang Sedap

UDANG adalah makanan yang kaya dengan nutrisi penting seperti protein dan bersifat antioksida yang memberi manfaat buat tubuh badan.

Rasanya yang sedap menjadikan ia sebagai lauk pilihan dan kegemaran ramai orang kita.



Udang boleh dimasak dengan pelbagai cara di antaranya gril, panggang, goreng, ataupun dijadikan bahan utama dalam kuah.

Di antara resipi yang paling popular seperti sambal tumis bersama petai, dimasak bersama tempoyak atau lemak cili api mahupun kari bersama terung.

Selain itu ia juga biasa dijadikan rencah dalam masakan sayur atau pelbagai jenis mi.

Pun begitu, menu udang masak bawang juga sedap bila makan dengan nasi panas, ada ulam-ulaman dan sambal belacan.



Tak ramai sebenarnya yang cuba masakan udang macam ni. Kalau buat garenti tak pandang lauk lain dah. Terlampau sedap.

Bahan-bahannya;

5 ulas bawang putih- cincang halus
2 biji bawang besar- potong mayang
1 inci halia- cincang halus
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
4 biji cili padi- belah dua atau potong kasar
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Kerabu udang ala Thai pelengkap selera, ratah pun sedap!

Cara membuatnya;



1. Udang diletakkan dengan garam dan kunyit.

2. Panaskan sedikit minyak dan goreng udang terlebih dahulu. Goreng sekejap tak perlu lama.

3. Guna lebihan minyak goreng udang tadi, tumis halia dan bawang putih hingga naik bau.

4. Bila bawang dah sedikit keperangan masuk balik udang yang telah digoreng tadi.



5. Masukkan ¼ atau ½ cawan air sebagai sedikit kuahnya nanti.

6. Masukkan sos tiram, sos cili serta minyak bijan untuk naikkan bau masakan.

7. Masukkan bawang besar yang dipotong mayang, cili padi yang dibelah dua. Gaul sebati.

8. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang. Kalau perlu perasakan dengan garam boleh letak sedikit garam.



Selamat mencuba!

Sumber: Mohd Rozmie

Resepi Udang Masak Bawang Sedap


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker