Kes Amar Singh: Beberapa individu akan dirakam keterangan – Polis
Kes Amar Singh: Beberapa individu akan dirakam keterangan – Polis
Polis akan memanggil beberapa orang individu bagi merakam keterangan berhubung siasatan kes laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh terhadap artikel didakwa fitnah oleh Raja Petra Kamarudin terhadapnya baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telahpun menerima ‘lampu hijau’ daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk menjalankan siasatan kes berkenaan.
“Kita baru terima hari ini arahan OTI (Order to Investigate) iaitu Arahan Menjalankan Siasatan daripada TPR maka beberapa pihak akan dipanggil untuk ambil keterangan bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.
Justeru kata Noor Delhan, polis juga sudah selesai merakam percakapan daripada pengadunya, Amar. Dalam perkembangan berkaitan, tambah beliau, polis telah memohon profiling video tersebut dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi siasatan lanjut.
“Kertas siasatan akan dilengkapkan dan akan dirujuk kepada TPR untuk arahan dan tindakan seterusnya dalam perkara ini,” ujarnya.
Terdahulu, pada 12 Ogos lalu, Amar Singh mengesahkan beliau telah membuat laporan polis terhadap blogger, Raja Petra kerana didakwa memfitnahnya menerusi sebuah portal berita tempatan kononnya beliau telah membenarkan seorang wanita yang disyaki teman wanitanya memasuki rumah Najib semasa serbuan dan membawa keluar dua beg yang berisi sejumlah wang besar dan barang kemas.
Amar menyifatkan dakwaan oleh Raja Petra menerusi kenyataan sebegitu sambil bersembunyi di United Kingdom adalah berniat jahat, tidak berasas sama sekali dan mengecewakannya.
Dalam pada itu, Noor Dellhan menerusi satu kenyataan media pada hari yang sama juga mengesahkan Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah ( IPD) Dang Wangi telah menerima laporan polis daripada bekas Ketua Polis Kuala Lumpur itu ke atas Raja Petra.
Berikutan laporan polis itu, polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. MG
Kes Amar Singh: Beberapa individu akan dirakam keterangan – Polis
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah Persekutuan digesa siasat sikap ‘berat sebelah’ Nazlan ‘ganggu perbicaraan adil’
- Status Perkahwinan Noor Nabila Dan Engku Emran Akhirnya Terjawab
- Wanita Dakwa Anak Azhar Sulaiman Ada Hubungan Sulit Dengan Suaminya
- Aliff Syukri Kantoi ‘Upload’ Gambar Ubat Orang Lain Di Media Sosial
- Ismail cabar atlet SUKIPT catat rekod kebangsaan, ganjaran menanti
- Aliff Syukri lakukan Kak Long 7E seperti binatang – Netizen (Video)
- Serang pembangkang, bukan ‘tembak kaki sendiri’ – Ismail
- Ronaldo buat perangai lagi
- Kenapa tak desak siasat projek lebuh raya lewat P Pinang, Najib soal DAP
- Polis tunggang Benelli maut rempuh BMW
- Muay Thai Ambang Merdeka 2022: Petinju Thai maut selepas terima pukulan ‘KO’
- BN kalah, saya letak jawatan – Tok Mat
- Pak Long Jamil Sudah Tiada
Layari Laman Facebook MYKMU.NET