Rita Nadira Dedah Rahsia Kulit Glowing

Rita Nadira Dedah Rahsia Kulit Glowing

“Sangat natural beauty, memang love tengok kulit dia!”

Sejak telemovie ‘Saat Hilangnya Cintamu’ ditayangkan, nama pelakon dan model Rita Nadira semakin melonjak naik. Bergandingan pula dengan Zamarul Hisham, lakonan Rita dikatakan turut meninggalkan kesan dalam hati penonton. Selain daripada lakonannya, ramai juga yang bercakap tentang kulit wajahnya.



Kalau kamu perasan, Rita tak banyak menggunakan solekan tebal. Malah dia lebih banyak kenakan solekan tipis dan lebih semula jadi. Sekali pandang, macam tak pakai apa-apa solekan langsung di wajahnya.

Jika diikutkan kulit Rita itu mewakili kulit orang Asia yang sebenar, di mana warnanya yang sawo matang itu meningkatkan lagi seri dan ciri-ciri wajahnya. Sangat natural, cantik dan sihat kulitnya!

Membuatkan ramai yang memuji dan tertanya-tanya bagaimana Rita menjaga serta merawat kulitnya, Miss Murai kongsikan rahsianya…

Pertama sekali Rita dedahkan yang dirinya akan cuci wajah dengan bersih, sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas bangun dan sebelum tidur.



Selepas itu sapukan serum yang sesuai dengan wajah supaya kulit dapat menyerap kebaikan dengan lebih cepat dan jauh ke dalam.

Kunci kelembapan wajah dan serum dengan menggunakan pelembap. Tujuannya adalah untuk pastikan kulit tak jadi kering atau merengsa sepanjang hari.

Paling penting sekali, penggunaan sunscreen. Ini kerana sunscreen mampu lindungi kulit daripada sinaran matahari (UVA/UVB), melindungi protein di bawah wajah seperti keratin, elastin dan kolagen.

Pesan Rita, untuk jaga dan rawat kulit supaya cantik dan kekal sihat, kamu perlu memakai produk yang sesuai dengan kulit. Sebelum beli produk, pastikan kamu tahu apa yang kulit perlukan, dan apa bahan yang terkandung dalam skincare kamu.



“Kalau boleh, ambil produk yang mengandungi bahan semula jadi kerana ia sesuai dengan semua jenis kulit dan selamat.” – Rita Nadira.
Semoga bermanfaat!

Rita Nadira Dedah Rahsia Kulit Glowing

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saman Tetap Saman – Puteri Sarah

Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul



Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker