Tayang duit di TikTok, penyamun dicekup Polis

Gambar hiasan

Polis Thailand menahan seorang lelaki  disyaki terbabit dalam jenayah samun selepas suspek memuat naik video di laman  TikTok memaparkan dia menayangkan wang tunai yang banyak, lapor laman berita Thaiger semalam.

Berdasarkan video tersebut, suspek berusia 29 tahun dari wilayah Chon Buri itu memegang wang yang banyak dan mendakwa, duit itu adalah hasil kerja kerasnya.

Menurutnya, wang itu diperoleh kerana dia rajin bangun pagi untuk pergi bekerja.

Bagaimanapun, berdasarkan paparan video itu, polis mengenal pasti lelaki berkenaan sebagai suspek kes samun.

Selepas menggeledah rumahnya, polis menemui cek bernilai 32 juta baht (RM4 juta) dan wang tunai berjumlah 220,000 baht (RM27,597).

Suspek memuat naik video di TikTok yang menunjukkan wang tunai kononnya hasil kerja kerasnya. – TikTok @Joker764

Lelaki itu kemudian  didakwa terlibat dalam kes rompakan sebuah perniagaan tempatan, Kiattithayakorn Metal Co. dalam kejadian pada 11 Ogos lalu.

Berdasarkan rakaman kamera keselamatan, suspek dilihat memakai pakaian yang sama seperti dalam video TikTok tersebut ketika merompak premis berkenaan.

Dia kemudian ditahan dan didakwa atas kesalahan menyamun, selepas mendedahkan dirinya sendiri menerusi video di TikTok. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker