#PRNMelaka : DAP Berebut Kerusi Dalam Pakatan Harapan

Oleh Wahida

Calon-calon DAP untuk PRN Melaka telah diumumkan mendahului rakan-rakan parti lain di dalam Pakatan Harapan. Berbeza dengan cara mereka mengumumkan calon-calon yang bertanding ketika PRU14 di mana mereka bersama-sama mengadakan majlis penamaan calon. Apa cerita disebaliknya?

Parti-parti komponen PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah, terdahulu telah bersetuju menggunakan logo Pakatan Harapan namun seperti ada yang masih tidak mampu diputuskan mengenai pembahagian kerusi sehingga DAP mengambil keputusan mendahului rakan-rakan mereka yang lain di dalam Pakatan Harapan.

Kerusi paling panas yang pasti menjadi rebutan adalah DUN Pengkalan Batu apabila penyandangnya yang dimenangi Norhizam bin Hassan Baktee (DAP) telah mengumumkan keluar dari parti untuk menyokong blok kerajaan BN.

Kemudian, Norhizam bersama-sama 3 lagi ADUN telah membuat pengumuman untuk menarik sokongan kepada Ketua Menteri BN yang mengakibatkan DUN Melaka dibubarkan dan seterusnya PRN diadakan.

Setelah tersebarnya gambar perbincangan 4 ADUN termasuk Norhizam, di mana mereka telah berjumpa Anwar Ibrahim dan dikatakan telah berjumpa sebanyak 3 kali, DAP telah menyatakan rasa terperanjat kerana perbincangan di antara Anwar dan 4 ADUN tersebut tidak sampai ke pengetahuan DAP.

Ada ura-ura mengatakan yang Anwar telah bersetuju untuk menerima 4 ADUN tersebut tetapi setelah perkara tersebut diketahui DAP Melaka, dengan keras mereka menolak keempat-empat ADUN itu.

Walaubagaimanapun, bagi DAP, kerusi DUN Pengkalan Batu adalah milik mereka dan sekiranya Norhizam ingin bertanding di PRN Melaka 2021 ini, secara sinis mereka ingin memaklumkan kepada Anwar bahawa beliau tidak berhak menentukan calon lain selain dari DAP Melaka.

Berkemungkinan Anwar telah memberi janji-janji tertentu sehingga 4 ADUN sanggup menarik sokongan terhadap Ketua Menteri. Apakah Anwar berjanji bahawa kerusi DUN Pengkalan Batu dikekalkan untuk Norhizam? Apakah ini menyebabkan Lim Guan Eng terlebih dahulu mengumumkan calon seorang Melayu juga iaitu Muhamad Danish Zainudin agar kerusi Pengkalan Batu ini kekal milik DAP?

Sejauh mana DAP dan Anwar cuba menyembunyikan pergeseran sedang berlaku, namun tidak sukar membaca langkah mereka berdasarkan tindakan terkini dan juga kelantangan kenyataan media masing-masing.

Sekiranya di dalam satu Pakatan pun tidak makmur dan saling tidak mempercayai satu sama lain, apakah yang boleh diharapkan oleh rakyat Melaka jika diberi undi kepada Pakatan Harapan?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker