Pengsan disuntik vaksin

Gara-gara fobia dengan jarum, seorang lelaki di Samarinda, Indonesia pengsan selepas disuntik vaksin oleh jururawat yang juga isterinya sendiri.

Portal Kompas melaporkan insiden itu berlaku pada Isnin lalu ketika Datuk Bandar Samarinda, Andi Harun bersama kakitangan pejabat dan beberapa pemberita hadir bagi menerima suntikan vaksin untuk menjayakan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan.

Rida yang bertugas sebagai pegawai negeri dilaporkan masih sedarkan diri sebelum diberi suntikan vaksin.



Malah, lelaki itu sudah bersiap sedia dan sempat bersarapan sebelum hadir ke pusat vaksinasi.

Terdahulu, Rida seperti penerima suntikan vaksin lain perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

Setibanya giliran lelaki itu, dia menuju ke bilik khusus dan secara kebetulan isterinya yang bertugas untuk menyuntik vaksin.

Namun, lelaki itu dengan tiba-tiba pengsan sebaik selesai menerima suntikan berkenaan.



Petugas perubatan kemudiannya bergegas memberi bantuan dan Rida kembali sedar beberapa minit kemudian.

Jururawat tiba-tiba pengsan setelah disuntik vaksin Covid-19



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker