Rebat elektrik perlu diperluaskan – Zahid Hamidi

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Minggu lalu TNB dalam kenyataan media memberitahu mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk menjadi punca peningkatan bil elektrik terutama ketika cuaca panas yang melanda negara.

Peti sejuk dan alat penyaman udara yang mempunyai fungsi sama juga dikatakan menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu ketika cuaca panas.

https://www.hmetro.com.my/…/mesin-penapis-air-antara…

Perkara ini menjadi sebab mengapa bil elektrik melambung tinggi dan meroket hingga ke bulan. Baru-baru ini saya berkesempatan bertanyakan pada seorang kakitangan TNB.

Beliau beritahu saya sepanjang PKP dilaksanakan, kebanyakan rakyat di negara ini berada di rumah dan menggunakan pelbagai alatan elektrik.

Kerana penggunaan yang banyak, bilnya juga meningkat. Perkara ini saya faham. Tetapi PKP dilaksanakan oleh kerajaan.

Dapatlah sekiranya pihak TNB dan kerajaan memperluaskan Program Rebat Bil Elektrik RM40. Setahu saya program itu secara bersasar bagi membantu ketua isi rumah yang berstatus miskin tegar sahaja.

Kita tahu elektrik digunakan seluruh rakyat Malaysia. Maka rebat perlu diperluaskan kepada semua. Rebat RM40 juga harus dinaikkan sedikit, mungkin RM100, memandangkan ada isi rumah memiliki tunggakan sehingga ribuan ringgit.

Lagipun, Covid dan PKP sudah setahun lebih. Ramai hilang kerja dan tiada pendapatan.

Zahid Hamidi

Presiden UMNO/Pengerusi BN Malaysia

 

Radzi dan Azmin menteri paling gagal, kata pensyarah UUM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker