Tak perlu buat gabungan politik baru yang rapuh – Sharkar

Tak perlu buat gabungan politik baru yang rapuh – Sharkar

Gabungan parti politik baru yang ‘rapuh’ tidak lagi diperlukan selepas rang undang-undang (RUU) menganai antilompat parti diluluskan di peringkat Dewan Rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Sharkar Shamsudin, berkata sebarang usaha mewujudkan pakatan atau gabungan membabitkan sekumpulan parti tertentu adalah tidak relevan memandangkan pilihan raya umum (PRU) semakin hampir.

“Kalau nak buat gabungan atau kerjasama, tunggu lepas PRU ke-15, selepas mandat diberikan kepada rakyat.

“Terserahlah kepada parti dominan dan yang menjadi pilihan rakyat untuk menentukan gabungan (yang mereka mahu),” katanya dalam kenyataan di Kuantan hari ini.

Tambah exco Pahang itu lagi, dalam PRU ke-15 ini semua gabungan politik boleh bertanding menggunakan parti masing-masing jika itu dirasakan perlu.

Mohd Sharkar yang juga Ketua Umno Temerloh berkata, dengan lulusnya RUU antilompat parti itu juga, setiap parti tidak lagi perlu bimbang dengan kecurangan wakil rakyat mereka akan berulang seperti beberapa tahun lalu.

Katanya, selepas ini, tidak akan berlaku lagi tawar menawar hingga menyebabkan ahli parlimen atau Adun berpaling tadah dengan meninggalkan parti asal untuk menyertai ‘kapal’ lain.

“Pengalaman pertukaran perdana menteri sebanyak tiga kali selepas PRU ke-14 menunjukkan betapa serius isu lompat parti ini.

“Kita harap RUU ini mengembalikan keyakinan pengundi dan inilah masanya untuk setiap parti menguji kekuatan dan pengaruh masing-masing.

“Selepas itu (pilihan raya umum), barulah kita fikir tentang gabungan dan kerjasama untuk membentuk kerajaan yang stabil,” katanya lagi.

Mohd Sharkar juga menegaskan gabungan yang ‘rapuh’ tidak akan menjamin kestabilan politik dan episod seperti yang berlaku selepas PRU lalu boleh berulang.

“Adalah lebih baik gabungan politik dibentuk selepas pilihan raya umum setelah rakyat membuat keputusan,” katanya. Mk

Tak perlu buat gabungan politik baru yang rapuh – Sharkar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker