Padah muat naik klip video berunsur lucah

Padah muat naik klip video berunsur lucah

Dua model terkenal Myanmar ditangkap dan berdepan tuduhan memudaratkan budaya dan maruah kerana menyiarkan klip dalam talian, termasuk ke sebuah platform hos video dalam talian yang berbayar, kata junta pada Jumaat.

“Nang Mwe San didakwa mengedarkan gambar dan video lucah berbayar yang boleh… memudaratkan budaya dan maruah Myanmar,” kata junta dalam satu kenyataan.



Thinzar Wint Kyaw, seorang lagi model dan pelakon terkenal dengan lebih 1.5 juta pengikut Instagram didakwa menyiarkan video sama dengan laman pencipta kandungan Exantria, tambah kenyataan itu.

Mereka berbuat demikian “tanpa kesopanan yang sepatutnya dikekalkan oleh wanita Myanmar,” katanya.

Mereka akan menghadapi pertuduhan di bawah undang-undang transaksi elektronik, yang membawa tempoh hukuman penjara maksimum 15 tahun.

AFP tidak dapat mengesahkan kandungan video yang didakwa eksplisit itu.



Sejak merampas kuasa tahun lalu junta berulang kali mendakwa, budaya tradisional di negara penganut agama Buddha itu tercemar ketika pemerintahan demokrasi Aung San Suu Kyi.

Orang lain yang menyiarkan ke laman web yang sama dan “memudaratkan keaiban dan kesopanan wanita Myanmar akan diketahui dan tindakan berkesan akan diambil terhadap mereka,” tambah kenyataan itu.

Nang Mwe San yang juga pelatih doktor, dibatalkan lesen perubatannya oleh Majlis Perubatan Myanmar pada 2019 selepas ia mengatakan pakaiannya dalam siaran media sosial bertentangan dengan “budaya dan tradisi Myanmar”.

Thinzar Wint Kyaw ditahan sebentar oleh tentera bulan lalu selepas mengembara ke kawasan yang dikuasai pemberontak etnik.



Kedua-duanya tidak aktif di Instagram sejak beberapa minggu kebelakangan ini. HM

Padah muat naik klip video berunsur lucah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk



I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker