Hishammuddin yakin LCS pertama akan siap setahun dua

Hishammuddin yakin LCS pertama akan siap setahun dua

Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein memberi jaminan kapal tempur pesisir (LCS) pertama yang dibina oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan siap dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun.

“Saya menyatakan sekurang-kurangnya dalam masa setahun dua ini, saya harap kapal pertama akan dapat kita siapkan,” katanya di sidang Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Razali Idris yang mahu tahu jangka masa kapal tempur itu akan diterima kerajaan, memandangkan sebelum ini Kementerian Pertahanan (Kementah) hanya menjelaskan projek itu akan diteruskan.

Khamis lalu, Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, Kementah dan BNS tidak menghiraukan pandangan tentera laut mengenai projek LCS.

Beliau berkata, pada asalnya, kapal model Sigma yang dipilih tentera laut telah diluluskan Kementah, tetapi ia ditukar kepada model Gowind pada 11 Julai 2011 atas cadangan BNS pada 8 Julai 2011.

Katanya, tiada sebuah pun LCS diserahkan kepada kerajaan sehingga kini, walaupun RM6.08 bilion sudah dibayar kepada BNS yang mendapat projek itu secara rundingan terus. Mengikut jadual asal, BNS sepatutnya menyerahkan lima unit LCS sejak 2013 hingga bulan ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata bagi memastikan projek itu siap dalam tempoh ditetapkan, beliau akan melaporkan perkembangan pembinaan kapal berkenaan secara berperingkat kepada Kabinet dan orang awam.

“Saya akan laporkan kepada orang ramai jadual berperingkat, kapal-kapal yang telah dijanjikan kepada tentera laut dan saya akan maklumkan kepada Kabinet apa yang telah kita lakukan untuk memastikan kali ini mengikut apa yang telah dijadualkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut mengakui terdapat kelemahan dari pihaknya berhubung projek itu, yang menyebabkan ramai pihak kecewa termasuk dirinya.

Namun, katanya, semua pihak harus melihat ke depan bagi memastikan isu berkenaan tidak berulang pada masa akan datang.

“Saya tahu banyak kelemahan saya juga, kecewa, ramai kecewa tetapi kita mesti lihat ke hadapan dengan mencari keadilan bagi memastikan kapal ini dapat dibekalkan kepada TLDM dan cari jalan terbaik untuk pastikan ianya tidak berulang pada masa akan datang.” FMT

Hishammuddin yakin LCS pertama akan siap setahun dua


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker