Gnanaraja ugut saya dengan kes pengubahan wang haram – Zarul

Gnanaraja ugut saya dengan kes pengubahan wang haram – Zarul

Saksi utama kes rasuah Lim Guan Eng yang dikaitkan dengan projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion mendakwa bahawa dia diugut dengan pertuduhan pengubahan wang haram dan ini antara sebab mengapa dia membayar ‘orang tengah’ RM19 juta untuk menyelesaikan kes itu.

Eksekutif kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZC) Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bahawa ahli perniagaan G Gnanaraja membuat ugutan itu kepadanya melalui Whatsapp.

Dalam prosiding perbicaraan rasuah terhadap bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim sebelum ini, saksi pendakwaan ke-23 Zarul mendakwa bahawa dia membawa Gnanaraja – yang didakwa rakan rapat bekas perdana menteri Najib Razak – untuk memberi rasuah kepada tertuduh.

Pada 3 April 2019, di hadapan Mahkamah Sesyen Shah Alam, Gnanaraja didakwa memperdaya Zarul untuk membayar RM19 juta kepadanya berhubung projek itu.

Ahli perniagaan berkenaan didakwa menipu Zarul bahawa dia mampu menggunakan hubungan politiknya untuk menutup kes penyiasatan SPRM.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela Lim, Gobind Singh Deo pagi ini, Zarul mendakwa ugutan itu adalah antara sebab dia membayar RM19 juta kepada Gnanaraja, dan bukan satu-satunya sebab berkenaan.

Gobind: Kamu sedar bahawa kamu menerima WhatsApp daripada Gnanaraja yang kamu diugut dengan prosiding Amla (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram)?

Zarul: Betul.

Gobind: Adakah kamu ingat (mesej) WhatsApp itu?

Zarul: Nama dan IC (nombor Kad Pengenalan) saya.

Gobind: Dia kata kamu akan didakwa di bawah Amla?

Zarul: Betul.

Gobind: Ada pertuduhan (ugutan) terhadap kamu?

Zarul: Ya.

Gobind: Ini akan memberi kesan kepada syarikat kamu.

Zarul: Betul.

Gobind: Sebab itu kamu buat bayaran (RM19 juta)?

Zarul: Saya tidak bersetuju, itu bukan satu-satunya sebab.

Gobind: Saya beritahu awak itu satu-satunya sebab.

Zarul: Saya tidak setuju.

Prosiding di hadapan hakim perbicaraan Azura Alwi akan bersambung esok kerana perbicaraan berakhir awal hari ini akibat gangguan teknikal dalam sistem audio mahkamah. MK

Gnanaraja ugut saya dengan kes pengubahan wang haram – Zarul


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker