Azmin elak jawab isu calon tunggal TPM

Azmin elak jawab isu calon tunggal TPM

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Azmin Ali mengelak untuk mengulas isu yang mengaitkannya sebagai calon tunggal timbalan perdana menteri yang dinamakan oleh Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Ketika ditanya berhubung perkara tersebut, Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebaliknya menekankan peranan gabungan Perikatan Nasional (PN) dalam mengukuhkan kestabilan kerajaan.



“Kerajaan hari ini adalah kerajaan gabungan bukan satu parti seperti sebelum ini, antara gabungan parti terbesar adalah kerajaan PN.

“Maka apabila saya dan rakan saya kata bahawa tanggungjawab kita memperkukuhkan kerajaan bermakna kita nak perkukuhkan gabungan sedia ada.

“Kalau kita lemah, maka kerajaan PN lemah. Adalah tanggungjawab saya pastikan kerajaan ini kuat supaya dapat tangani dua isu ini dan kita tak boleh terjebak dalam politik merugikan rakyat.

“Saya mahu politik action oriented (yang) dapat berikan khidmat kepada rakyat, pastikan kita berjaya memenuhi dua matlamat mencerdaskan ekonomi dan tangani Covid,” katanya.



Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis kerjasama strategik anjuran Kementerian Pertanuan dan Industri Makanan sempena Maha 2022 di Maeps, Serdang hari ini. Mk

Azmin elak jawab isu calon tunggal TPM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik



Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker