Warga Perancis Meninggal Dunia Ketika Daki Gunung Jasar Cameron Highlands

Warga Perancis Meninggal Dunia Ketika Daki Gunung Jasar Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS: Seorang pendaki warga Perancis dilaporkan pengsan sebelum meninggal dunia ketika mendaki Gunung Jasar di sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.28 pagi yang memaklumkan terdapat seorang pendaki tidak sedarkan diri ketika melakukan aktiviti mendaki gunung.

Menurutnya, sepasukan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands dengan dibantu anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bergegas ke tempat kejadian bagi operasi menyelamat.

“Tindakan awal yang dilakukan adalah memberi bantuan pernafasan kepada mangsa yang pengsan namun tiada tindak balas.

“Anggota bomba kemudiannya bertindak membawa mangsa turun dengan menggunakan pengusung.

“Mangsa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. AA

Warga Perancis Meninggal Dunia Ketika Daki Gunung Jasar Cameron Highlands

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker