Bersatu tiada kekuatan masih mengharapkan gabungan politik
KUALA LUMPUR: Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah enggan mengulas laporan kemungkinan Perikatan Nasional (PN) menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau bagaimanapun menegaskan gabungan parti masih menjadi keutamaan bagi Bersatu dalam menghadapi pilihan raya seterusnya membentuk kerajaan yang stabil.
“Sejujurnya, semua parti ingin mendapat kemenangan ketika pilihan raya, namun, apa yang berlaku selepas itu seperti kestabilan politik adalah perkara yang sepatutnya diutamakan.
“Bersatu memang percaya kepada penggabungan yang besar kerana bagi Bersatu persoalan utama bukan sekadar boleh menang pilihan raya tetapi terhadap kestabilan politik.
“Kestabilan politik adalah sangat penting agar sebaik selepas pilihan raya, tumpuan boleh diberikan kepada meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat,”
“Oleh yang demikian, soal gabungan politik itu, memang setahu saya, setakat yang saya berbincang dalam Bersatu, masih menjadi perkara yang diberikan tumpuan,” katanya.
Saifuddin berkata demikian selepas melancarkan buku karya penulis Raja Ahmad Aminullah yang berjudul ‘Genta Telah Berbunyi’ di sini, pada Sabtu.
Beliau mengulas laporan media bahawa PN bercadang untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri selepas kecewa mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada Khamis antara Ismail Sabri dan PN yang diketuai Bersatu dibatalkan pada saat akhir.
Parti komponen PN dianggotai oleh Bersatu, Parti Islam Malaysia (Pas), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).
Pada Jumaat, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Faiz Na’aman dilaporkan menafikan laporan yang mendakwa PN akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri kerana isu tuntutan jawatan timbalan perdana menteri, serta menegaskan partinya akan terus menyokong kepimpinan Ismail Sabri.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tempoh menunggu Perodua Alza baharu hingga 10 bulan
- Wan Saiful meroyan PM batalkan pertemuan dengan Hamzah
- Saifuddin perli Rafizi? Selesaikan isu rakyat bukan main isu skandal
- Video lucah tersebar, ada pihak cuba jatuhkan Noh Salleh
- Bekas panglima TLDM: ‘BNS angkuh, sangat dilindungi’
- Elyana kesal komen biadap netizen
- Belajarlah mendoakan orang lain – Mizz Nina
- Wanita upah 3 perempuan simpanan untuk gembirakan suami
- Pelajar tingkatan 3 pukul guru disiplin guna batang penyapu
- Seperti Tikam Belakang Stokis Dan Agen, Neelofa Umum HQ Jual Innai NunHa Di Shopee
- Penyamun bersenjata parang Kota Bharu kantoi ditangkap peniaga Pakistan
- Anwar tibai Mahathir, baru sekarang nak bela Melayu, 22 bulan buat apa?
- Punca internet lemah di rumah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina
You must be logged in to post a comment.