Oktoberfest bukan budaya Malaysia
Oktoberfest bukan budaya Malaysia
Perikatan Gabungan NGO-NGO Islam Malaysia menyokong kenyataan Menteri Hal ehwal Agama, Senator Datuk Idris Ahmad dan pelbagai pihak berwajib dan organisasi yang membantah penganjuran pesta arak Oktoberfest di Malaysia.
Penganjuran pesta arak Oktoberfest di Malaysia menimbulkan persoalan membawa masuk budaya asing negatif dan bertentangan kepada nilai-nilai murni ketimuran dan bertentangan dengan semua agama dan kepercayaan utama di negara ini.
Oktoberfest adalah perayaan yang bermula daripada barat yang mempromosikan minuman arak secara besar-besaran yang dimulakan di Munich, Jerman.
Oktoberfest bukanlah budaya masyarakat Melayu mahupun agama Islam, dan juga bukan budaya kaum Cina dan India di negara ini.
Lebih-lebih lagi agama Islam sebagai agama Persekutuan tegas melarang budaya seperti ini. Namun, menjual arak dan meminum arak kepada bukan Islam adalah dibenarkan.
Malah dijual merata sehingga kedai runcit dan serbanika pun ada menjualnya dengan bersyarat.
Minum arak secara peribadi atau di majlis tertutup mungkin perkara biasa, tetapi mengadakan pesta arak secara terbuka dan memberi pengaruh negatif kepada muda mudi dan orang ramai adalah sesuatu yang tidak dapat diterima masyarakat.
Apabila mabuk, apa pun boleh berlaku. Melanggar undang-undang, merosakkan harta benda awam, pemandu mabuk, hubungan seksual dan juga bahaya kepada orang awam dan yang mabuk itu sendiri.
Pesta seperti ini tidak banyak berbeza dengan Pesta Mardi Gras yang diadakan di New Orleans, Rio de Janeiro dan bandar-bandar lain.
Banyak perkara yang buruk seperti mabuk arak, jenayah, pengambilan dadah, seks songsang, kelakuan yang tak bermoral lain serta kerosakan harta benda awam.
Adalah sedih kalau ada segelintir pemimpin yang terus mempertahankan pesta sebegini atas alasan kebebasan sosial, perniagaan dan tarikan pelancong. Mungkin juga mereka ada kepentingan dalam jualan arak dan meraih sokongan politik.
Satu kajian Global Burden of Disease Study yang ditaja oleh Bill & Melinda Gates Foundation dan diterbitkan dalam The Lancet medical Journal 15hb July 2022 mendapati remaja antara umur 15 dan 39, tidak mendapat apa-apa kebaikan kesihatan.
Hanya bahaya dari meminum arak. Penemuan ini adalah satu kejutan dan penafian kepada setengah pihak yang menekankan faedah minum arak. Banyak kajian juga menunjukkan seorang tidak boleh minum dengan berpada-pada.
Ianya lebih ketara dalam kalangan golongan berpendapatan rendah dan strata sosial rendah menyebabkan keganasan rumah tangga, perpecahan keluarga dan jenayah.
ACCIN berpendirian, pesta arak seumpama ini adalah amat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi agama Islam. Dengan itu, ianya perlu ditegah.
Ir Mohd Jamaludin Shamsudin CEO ACCIN
Oktoberfest bukan budaya Malaysia
Baca Artikel Menarik:
- Tempoh menunggu Perodua Alza baharu hingga 10 bulan
- Wan Saiful meroyan PM batalkan pertemuan dengan Hamzah
- Saifuddin perli Rafizi? Selesaikan isu rakyat bukan main isu skandal
- Video lucah tersebar, ada pihak cuba jatuhkan Noh Salleh
- Bekas panglima TLDM: ‘BNS angkuh, sangat dilindungi’
- Elyana kesal komen biadap netizen
- Belajarlah mendoakan orang lain – Mizz Nina
- Wanita upah 3 perempuan simpanan untuk gembirakan suami
- Pelajar tingkatan 3 pukul guru disiplin guna batang penyapu
- Seperti Tikam Belakang Stokis Dan Agen, Neelofa Umum HQ Jual Innai NunHa Di Shopee
- Penyamun bersenjata parang Kota Bharu kantoi ditangkap peniaga Pakistan
- Anwar tibai Mahathir, baru sekarang nak bela Melayu, 22 bulan buat apa?
- Punca internet lemah di rumah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina