Ibu kahwinkan anak perempuan dengan ketua kampung kerana gagal bayar hutang

 

JAKARTA – Sebuah hantaran tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang gadis berusia 19 tahun dikahwinkan dengan ketua kampung kerana ibunya gagal membayar hutang, lapor laman berita Suara.com.

Hantaran tiga gambar itu dimuat naik dalam akaun Twitter @tanyakanrl.

Gambar pertama menunjukkan seorang ketua kampung bergambar sambil tersenyum bersebelahan dengan gadis yang berwajah muram dan tidak bermaya.

Dalam gambar kedua, beberapa wanita dipercayai saudara-mara dan keluarga gadis itu turut bergambar bersama-sama.

TANGKAP layar memaparkan senario seorang gadis dikahwinkan dengan ketua kampung kerana ibunya gagal melangsaikan hutang. – Twitter

Seorang pengguna bernama Dewi Shinto mendedahkan perkara sebenar mengenai perkahwinan itu. Menurutnya, ibu gadis itu berhutang dengan ketua kampung tetapi tidak dapat melunaskan bayaran.

“Ketua kampung kemudian mahu mengahwini anaknya supaya hutang dilangsaikan,” kata Dewi.

Hantaran tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Secara tidak langsung menjual anak,” kata seorang netizen.

“Ternyata drama di televisyen juga berlaku di kehidupan nyata,” komen netizen lain. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker