Pemanah para negara rangkul dua emas

TEPAT ke sasaran. Pemanah para negara merangkul dua emas menerusi acara compound berpasukan di Kota Barat Stadium, di sini pada Jumaat.

G Daneshen, 25, yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara individu lelaki pada Khamis, bangkit dalam acara berpasukan untuk memenangi kedua-dua acara berpasukan lelaki dan berpasukan campuran.

Atlet dari Kulim itu bergandingan dengan Nur Jannaton Abdul Jalil untuk membawa pulang emas dalam acara berpasukan campuran selepas menewaskan pasukan Thailand Comsan Singpirom-Praphaporn Homjanthuek 144-139.

Daneshen, yang mengalami masalah saraf kaki sejak lahir akibat penyakit polio, kemudiannya bergabung kekuatan dengan Wiro Julin bagi meraih gelaran juara berpasukan lelaki, menewaskan Manangdang Angelo-Marzel Burgos dari Filipina 137-123.

“Saya sangat gembira menang pingat emas ini, pada mulanya gementar tetapi kami berjaya bertenang dan kekal fokus sehingga akhir. Saya sangat bersyukur atas kemenangan ini memandangkan usaha dan kerja keras saya sepanjang 10 tahun lepas untuk mencapai sesuatu dalam sukan ini akhirnya berjaya.

“Saya terpaksa menempuh banyak kesusahan dalam hidup apabila ramai yang merendah-rendahkan saya kerana tidak mempunyai pencapaian bermakna, meskipun telah menceburi sukan memanah selama 10 tahun, tetapi saya tetap bersabar. Saya tidak akan berhenti di sini, akan terus bekerja keras untuk APG seterusnya di Kemboja dan Sukan Para Asia di Hangzhou tahun depan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, jurulatih kebangsaan, Marzuki Zakaria gembira dengan aksi keseluruhan anak buahnya yang mencapai sasaran dua emas, satu perak dan satu gangsa (menerusi S Suresh dalam recurve individu lelaki

“Bagaimanapun, sebagai seorang jurulatih saya sentiasa mengingatkan atlet bahawa jangan mudah puas hati dengan kejayaan ini kerana ada lagi hala tuju tahun depan, iaitu APG dan Hangzhou.

“Matlamat saya sebenarnya ingin melihat sekurang-kurangnya ada atlet layak secara merit ke Sukan Paralimpik Paris 2024,” katanya.

Kali terakhir APG dianjurkan di Kuala Lumpur 2017, memanah membawa pulang satu emas, dua perak dan tiga pingat yang merupakan suatu peningkatan daripada pungutan pingat 1-2-1 di Singapura pada 2015. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker