3 maut, 4 cedera dalam nahas di Pahang

3 maut, 4 cedera dalam nahas di Pahang

Tiga maut dan empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM126 Jalan Kuantan-Segamat, Rompin malam tadi.

Mereka yang maut adalah Abdul Raziz Mohdal, 40, Mohd Khairol Md Tahir, 36, dan Zairulzaimy Jambi, 18.

Ketua Polis Daerah Rompin, Azahari Mukhtar berkata, nahas itu membabitkan sebuah treler, Proton Iswara dan Perodua Axia pada 8.50 malam Khamis.

Katanya, siasatan awal mendapati Proton Iswara dari arah Segamat dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan treler dari arah Kuantan menghala Segamat.

“Kemalangan itu menyebabkan treler hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung Perodua Axia dan terus terjatuh ke bawah cerun di sebelah kanan jalan.

“Akibat kemalangan itu, kelindan treler, Raziz; pemandu Proton Iswara, Khairol dan penumpang belakang Iswara, Zairulzaimy meninggal dunia di tempat kejadian.

“Empat mangsa lain iaitu pemandu treler, dua penumpang Iswara dan pemandu Axia yang cedera dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Rompin untuk mendapatkan rawatan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, 15 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah serta BBP Chini di Pekan bergegas ke tempat kejadian.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa tersepit dalam kenderaan terpaksa dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat.

“Tiga mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.” FMT

3 maut, 4 cedera dalam nahas di Pahang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker