Penghantar makanan rancang mogok mulai tengah malam ini
Penghantar makanan rancang mogok mulai tengah malam ini
Perkhidmatan penghantaran makanan di negara ini mungkin mengalami gangguan esok ketika penghantar makanan (rider) untuk beberapa syarikat utama merancang untuk melancarkan mogok 24 jam di seluruh negara mulai tengah malam hari ini.
Jurucakap salah satu kumpulan itu berkata, mogok berkenaan yang digelar ‘Food Delivery Blackout’, berpunca daripada apa yang mereka anggap sebagai skala pembayaran tidak adil yang digunakan oleh syarikat perkhidmatan penghantaran makanan.
Hanya mahu dikenali sebagai Ikmal, dia memberitahu Malaysiakini mogok utama memerlukan penghantar makanan yang mengambil bahagian untuk mematikan permohonan penghantaran mereka selama sehari.
“Mogok itu terutamanya akan menyaksikan rider mematikan aplikasi penghantaran sepanjang hari.
“Ada di antara kami yang menyebut ini sebagai mogok ‘cuti sehari’,” katanya.
Meskipun jumlah penghantar makanan yang akan menyertai rancangan itu masih tidak jelas, Ikmal berkata penganjur percaya bahawa “ramai” telah menunjukkan bahawa mereka akan menyokong mogok itu.
Difahamkan kumpulan utama mogok itu juga telah merancang untuk mengadakan konvoi ke salah sebuah ibu pejabat syarikat penghantaran makanan di Petaling Jaya.
Notis menyeru mogok itu yang dilihat Malaysiakini menggesa penghantar makanan di bawah syarikat itu berkumpul di 10 tempat perhimpunan di Lembah Klang pada pukul 4 petang, sebelum mereka mula menunggang bersama ke Petaling Jaya untuk menyerahkan memorandum kepada syarikat itu.
Menurut Ikmal, rider tidak berpuas hati kerana pihak syarikat didakwa telah mengurangkan bayaran mereka dari semasa ke semasa.
“Ini bermula tahun lepas, apabila syarikat mula mengurangkan jumlah bayaran untuk rider.
“Saya akan berikan satu contoh. Sebelum ini, jika rider di bawah satu syarikat ini mengambil tempahan dua kali ganda — bermakna dia menghantar makanan daripada seorang penjual kepada dua pelanggan — rider akan mendapat bayaran penuh untuk kedua-dua pesanan itu. Maksudnya, jika jarak untuk setiap pesanan mereka dapat RM5, maka dia akan mendapat RM10 secara keseluruhan.
“Tetapi sekarang, syarikat telah mengurangkan jumlah itu kepada RM7 atau RM8 sahaja,” katanya.
Syarikat itu juga didakwa telah memansuhkan sistem ganjaran untuk penghantaran waktu puncak, dan menggantikannya dengan sistem baru yang membayar mereka lebih rendah.
“Dan apa yang membuatkan rider lebih kecewa sekarang, jumlah itu juga telah dikurangkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Ikmal mendakwa penunggang pernah merungut dan mengadu kepada pihak syarikat sebelum ini, tetapi tidak dilayan. Mk
Penghantar makanan rancang mogok mulai tengah malam ini
Baca Artikel Menarik:
- Tengking pegawai imigresen di KLIA, kesatuan kecam KP perkhidmatan awam
- Bersatu bukan lagi parti Melayu
- Tuduhan terhadap KPPA tidak benar dan berniat jahat – JPA
- PBM tak layak sertai BN, Zuraida kerap lompat – Shahrul Nasrun
- Hati-hati dengan lelaki panas baran – Shila Amzah
- Mahathir datang lagi, kini bakal tubuhkan pula Gagasan Melayu-Islam baharu
- Lelaki perkosa anak tiri dijatuhi hukuman kembiri
- Najib sahut cabaran Mahathir bagi ‘bukti’
- ‘Saya Nak Jumpa Tuhan’ – Bapa Campak Anak Dari Jejambat Sempat Beritahu Isteri
- Nasib 4 ADUN P Pinang ‘berpaling tadah’ diketahui Jumaat
- Aizat nikah 14 Ogos ini
- Jamal Abdillah ‘sound’ Khairy
- SPRM semak kertas siasatan berkait dakwaan rasuah Tok Pa, 2 yang lain
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh
Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central
Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup
You must be logged in to post a comment.