Najib cadang impian Khalid dimasukkan dalam manifesto BN Selangor



Najib cadang impian Khalid dimasukkan dalam manifesto BN Selangor

Najib Razak mencadangkan agar BN Selangor mempertimbangkan agar pemberian saham Air Selangor dimasukkan sebagai salah satu janji dalam manifesto bagi PRU15.

Katanya cadangan itu sekali gus dapat merealisasikan hasrat dan impian bekas menteri besar Selangor allahyarham Khalid Ibrahim.

“Saya pernah berbincang beberapa kali dengan allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim berkenaan rancangan penstrukturan semula dan pengabilan semula semua konsesi-konsesi air Selangor yang diswastakan masa perdana menteri keempat.

“Antara impian yang pernah diluahkan arwah ialah untuk memberi saham percuma dalam syarikat Air Selangor kepada semua rumah tangga yang merupakan pengguna Air Selangor setelah proses penstrukturan dan pengambilan semula selesai,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.




Pada 2013 kerajaan Selangor melalui jawapan di dewan undangan negeri (DUN) menjelaskan sekiranya penstrukturan perkhidmatan air dimuktamadkan, rakyat Selangor akan diberikan pegangan saham.

Pemberian saham tersebut adalah untuk memberi peluang kepada semua rakyat turut mempunyai suara dalam memberi pandangan dan penambahbaikan dalam industri perkhidmatan air Selangor.

Najib berkata, dengan pertolongan dan sokongan kerajaan pusat ketika dia menjadi perdana menteri.

Jelasnya, proses penstrukturan tersebut berjaya diselesaikan tetapi Khalid tak sempat merealisasikan impian seterusnya akibat “dikhianat dan dipecat oleh partinya”.

“Jadi, saya cadang BN Selangor pertimbang untuk meletakkan pemberian saham Air Selangor sebagai salah satu janji dalam manifesto bagi PRU15 agar hasrat dan impian allahyarham Khalid Ibrahim dapat disempurnakan.




“Saya juga tiada bantahan sekiranya kerajaan PH Selangor berbuat demikian sekarang juga sebagai penghormatan kepada arwah memandangkan mereka sedang menguasai Air Selangor ketika ini,” katanya.

Khalid mentadbir Selangor selama enam tahun bemula 2008 sebelum digulingkan dalam kempen yang dinamakan Langkah Kajang oleh PKR, partinya sendiri.

Khalid meninggal dunia di usia 76 tahun pada 31 Julai lalu akibat jangkitan pada injap jantung. Mk

Najib cadang impian Khalid dimasukkan dalam manifesto BN Selangor


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup



Leave a Reply

Your email address will not be published.