Menghendap boleh dipenjara 3 tahun dan dikenakan denda
Menghendap boleh dipenjara 3 tahun dan dikenakan denda
Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 (Akta 574) yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini antara lain membolehkan individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan menghendap dikenakan hukuman penjara dan denda.
RUU yang bertujuan menjadikan menghendap sebagai satu kesalahan itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermiyati Samsudin.
Berdasarkan naskah biru RUU tersebut, kesalahan menghendap merangkumi perbuatan mengekori, berkomunikasi atau cuba berkomunikasi dalam sebarang cara, berlegar-legar di kediaman atau tempat kerja seseorang dan memberi atau menghantar apa-apa sahaja kepada seseorang dalam sebarang cara.
“Sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, mengetahui atau sepatutnya mengetahui perbuatan itu mungkin menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, maka ia sudah melakukan kesalahan menghendap,” menurut naskah berkenaan.
Selain itu, Dewan Rakyat hari ini meluluskan RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2022 yang mengandungi 10 Fasal bagi meminda Akta Cukai Jualan 2018 (Akta 806) dan RUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022 yang mengandungi tujuh Fasal bagi meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807).
Kedua-dua RUU itu yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah itu diluluskan sebulat suara oleh Ahli Parlimen dan Dewan Rakyat turut meluluskan RUU Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 (Akta 592). K Online
Menghendap boleh dipenjara 3 tahun dan dikenakan denda
Baca Artikel Menarik:
- Tengking pegawai imigresen di KLIA, kesatuan kecam KP perkhidmatan awam
- Bersatu bukan lagi parti Melayu
- Tuduhan terhadap KPPA tidak benar dan berniat jahat – JPA
- PBM tak layak sertai BN, Zuraida kerap lompat – Shahrul Nasrun
- Hati-hati dengan lelaki panas baran – Shila Amzah
- Mahathir datang lagi, kini bakal tubuhkan pula Gagasan Melayu-Islam baharu
- Lelaki perkosa anak tiri dijatuhi hukuman kembiri
- Najib sahut cabaran Mahathir bagi ‘bukti’
- ‘Saya Nak Jumpa Tuhan’ – Bapa Campak Anak Dari Jejambat Sempat Beritahu Isteri
- Nasib 4 ADUN P Pinang ‘berpaling tadah’ diketahui Jumaat
- Aizat nikah 14 Ogos ini
- Jamal Abdillah ‘sound’ Khairy
- SPRM semak kertas siasatan berkait dakwaan rasuah Tok Pa, 2 yang lain
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh
Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central
Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup
You must be logged in to post a comment.