Masih tiada hudud di Kelantan selepas 17 tahun
Masih tiada hudud di Kelantan selepas 17 tahun
Walaupun perjuangan dan hasrat PAS untuk mengangkat serta melaksanakan hukum hudud masih belum tercapai. Saban tahun kerajaan negeri pimpinan PAS sekadar berpuas hati dan bermegah dengan meraikan sambutan Hari Hududullah peringkat negeri.
Pada tahun ini penganjurannya kali ke-17 diadakan dalam usaha PAS memberi kefahaman dan penjelasan berhubung pelaksanaan undang-undang Islam atau hukum hudud.
Pada sambutan yang berlangsung semalam, pihaknya penganjur kali ini menampilkan beberapa acara antaranya forum bertajuk “Undang-undang Islam: Celaru dan keliru?”, ceramah, pameran dan demonstrasi sebatan oleh Jabatan Penjara Malaysia dan pemeriksaan kesihatan percuma.
Dianggarkan lebih 500 hadirin yang menghadiri sambutan kali ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk guru dan pelajar-pelajar pondok.
Pengisian kemuncak pula diakhiri dengan majlis perasmian oleh Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob.
Ahmad dalam ucapannya antara lain memberi penegasan terhadap isu gejala sosial yang mempengaruhi rakyat Kelantan.
Menurutnya, Kelantan juga terkena tempias selepas kebudayaan barat mendominasi setiap aspek kehidupan masyarakat.
“Oleh itu kerajaan Kelantan tidak berdiam diri, mengambil langkah drastik untuk mengekang penularan ini daripada menjadi darah daging dan budaya masyarakat Kelantan.
“Kerajaan negeri menggariskan dasar pencegahan gejala sosial, dasar pendidikan rabbani dan budaya komuniti rabbani di bawah budaya yang ketujuh iaitu budaya amal makruf nahi mungkar.
“Selain itu kerajaan menguatkuasakan undang-undang baru iaitu Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1 (2019) yang mula dikuatkuasakan pada November 2021,” katanya.
Sementara itu Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri mengambil sikap dan peranan untuk menjadikan sistem perundangan Islam dilaksanakan seperti yang tercatat di dalam al-Quran.
“Program yang disusun dengan ceramah, forum dan pameran ini bertujuan memberi penjelasan berkenaan dengan isu perundangan Islam yang semakin berlegar-legar dalam masyarakat awam hari ini.
“Kupasan dan input serta pencerahan daripada penceramah dan ahli panel dapat membantu masyarakat mencari jalan kebenaran dan memastikan kekeliruan dan kecelaruan tentang Undang-Undang Islam dapat diselesaikan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian program itu. Mk
Masih tiada hudud di Kelantan selepas 17 tahun
Baca Artikel Menarik:
- Tengking pegawai imigresen di KLIA, kesatuan kecam KP perkhidmatan awam
- Bersatu bukan lagi parti Melayu
- Tuduhan terhadap KPPA tidak benar dan berniat jahat – JPA
- PBM tak layak sertai BN, Zuraida kerap lompat – Shahrul Nasrun
- Hati-hati dengan lelaki panas baran – Shila Amzah
- Mahathir datang lagi, kini bakal tubuhkan pula Gagasan Melayu-Islam baharu
- Lelaki perkosa anak tiri dijatuhi hukuman kembiri
- Najib sahut cabaran Mahathir bagi ‘bukti’
- ‘Saya Nak Jumpa Tuhan’ – Bapa Campak Anak Dari Jejambat Sempat Beritahu Isteri
- Nasib 4 ADUN P Pinang ‘berpaling tadah’ diketahui Jumaat
- Aizat nikah 14 Ogos ini
- Jamal Abdillah ‘sound’ Khairy
- SPRM semak kertas siasatan berkait dakwaan rasuah Tok Pa, 2 yang lain
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh
Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central
Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup