Lelaki berhati mulia tidak pernah mandi lebih 20 tahun

Dharamdev berikrar tidak akan mandi sehingga keganasan terhadap golongan wanita, perebutan tanah dan pembunuhan haiwan yang tidak bersalah dihentikan. – Oddity Central

NEW DELHI – Seorang warga emas di Bihar, India mendapat perhatian ramai selepas mendedahkan bahawa dia tidak pernah mandi sejak lebih dua dekad lalu, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Dharamdev Ram, 62, dikenali dalam kalangan penduduk kampung Baikunthpur kerana tidak pernah mandi selama 22 tahun.

Namun, tindakannya itu dipuji orang ramai. Ini kerana Dharamdev berikrar tidak akan mandi sehingga keganasan terhadap kaum  wanita, perebutan tanah dan pembunuhan haiwan yang tidak bersalah dihentikan.

Disebabkan semua perkara itu masih berlaku, Dharamdev terus berpegang pada janjinya.

“Pada 1975, saya bekerja di sebuah kilang di Jagdal, Bengal dan berkahwin pada 1978 serta menjalani kehidupan normal.

“Namun, pada 1987, saya tiba-tiba sedar bahawa perebutan tanah, pembunuhan haiwan dan keganasan terhadap wanita mula meningkat.

“Jadi, saya bertemu dengan pendeta yang mengambil saya sebagai murid dan memberi inspirasi kepada saya untuk berbakti,” katanya.

Pada tahun 2000, Dharamdev berhenti kerja di kilang tempat dia bertugas, namun kembali ke pekerjaan tersebut disebabkan tekanan daripada keluarganya.

Namun, apabila berita mengenai ikrarnya untuk tidak mandi itu tersebar, dia dipecat dan menganggur sehingga kini.

Ketika isterinya meninggal dunia pada 2003 sekali pun, Dharamdev tetap enggan mandi termasuk selepas seorang anak lelakinya turut mati. Dalam masa sama, seorang lagi anak lelakinya dikatakan menghilangkan diri.

Dharamdev dikatakan bertegas untuk berpegang teguh pada janjinya yang dibuat 22 tahun lalu meskipun berkemungkinan sehingga dia turut meninggal dunia. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]

Kereta BMW plat Singapura langgar kereta anak Sultan Johor [VIDEO]

Resepi Mee Kuah Udang Bikin Mentua Sayang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker