Bapa Azalina Othman meninggal dunia

Datuk Othman Said, bapa kepada Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina meninggal dunia pada usia 89 tahun di kediamannya di Kelana Jaya, pagi ini.

Setiausaha Sulit Azalina, Danesh Raj yang mengesahkan perkara itu berkata Allahyarham meninggal dunia subuh tadi kerana sakit tua.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sebelum solat Jumaat.



Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam catatan Facebooknya berkata beliau menziarahi jenazah Allahyarham di Masjid Al Hidayah pagi ini.

“Semoga keluarga Allahyarham tabah menerima ketentuan Allah dan bersabar atas pemergiannya.

“Mari kita hadiahkan Al-Fatihah kepada arwah semoga ditempatkan bersama golongan beriman dan bertakwa,” catatnya.

– Bernama



 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!



Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker