Modenas Ninja 250 kembali ke pasaran

Modenas Ninja 250 kembali ke pasaran

Kawasaki menerusi pengedar rasmi baharunya, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) secara rasmi kembali ke pasaran dengan memperkenalkan semula model Modenas Ninja 250, Modenas Ninja 250 ABS dan Modenas Z 250 ABS dari segmen sport bike dan naked bike.EMOS adalah anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS).

Modenas Ninja 250 yang ditawarkan dengan pilihan warna Metallic Carbon Grey dan Metallic Matte Graphite dijual pada harga jualan yang disyorkan iaitu RM18,900, manakala Modenas Ninja 250 ABS dengan warna Metallic Matte Graphite Grey ditawarkan pada harga bermula RM20,500 dan Modenas Z250 ABS (Metallic Spark Black) dijual pada harga bermula RM19,500.

Berikutan peningkatan pemilikan saham Kawasaki Motors Ltd (KMC) dalam MODENAS, semua model motosikal Kawasaki 650cc ke bawah akan dijenamakan semula dibawah MODENAS.

Bagi Ninja 250, model pemasangan tempatan (CKD) itu hadir dengan enjin empat lejang 2-silinder DOHC yang menghasilkan kuasa 27.5kW dan tork 20Nm.

Model ini tampil dengan transmisi 6-kelajuan, manakala kerangka pula jenis Trellis, fork teleskopik bahagian depan dan lenggan ayun (belakang).

Bagi model CKD Ninja 250 ABS, ia turut menggunakan enjin sama dengan Ninja 250 tetapi memiliki ABS.Bagi Z 250 ABS pula tetap menggunakan enjin sama tetapi hadir dengan versi naked dan ABS.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, berkata syarikat itu berhasrat untuk membawa penyelesaian yang unik dan pengalaman yang lebih tinggi kepada pasaran dua roda.

“Kami di MODENAS amat berbangga berkongsi matlamat yang sama dengan pihak Kawasaki dalam mengutamakan pelanggan yang mana ia akan memboleh dan memastikan semua pelanggan kami mendapat produk yang berpatutan, berkualiti dan berteknologi tinggi.

“Pesanan saya kepada semua pemilik motosikal Kawasaki sama ada sedia ada dan baharu; di bawah pengurusan MODENAS, anda boleh mengharapkan tahap perkhidmatan pelanggan yang serupa atau lebih lagi.

“MODENAS sentiasa memerhati, mempelajari dan menyesuaikan operasi perniagaan seperti rakan kongsi teknikal dan pemegang saham kami, KMC. Bersama-sama dengan Kawasaki, kami bersedia untuk pengembangan perniagaan yang lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketiga-tiga model motosikal ini akan berada di semua wakil pengedar sah KAWASAKI mulai 1 Ogos 2022. BH

Modenas Ninja 250 kembali ke pasaran


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker