Indonesia tarik balik pembekuan pekerja asing mulai 1 Ogos

Indonesia tarik balik pembekuan pekerja asing mulai 1 Ogos

Indonesia akan menarik balik pembekuan sementara pekerjanya memasuki Malaysia mulai 1 Ogos ini, kata Menteri Sumber Manusia, M Saravanan.

Menurut laporan Bernama, Saravanan berkata, Indonesia bersetuju membatalkan pembekuan sementara itu, yang dikatakan menteri itu sebelum ini hanyalah “penangguhan sementara”.



Pada 13 Julai lalu, Duta Besar Indonesia, Hermono dilaporkan berkata, Jakarta melaksanakan pembekuan sementara ke atas semua pekerjanya memasuki Malaysia susulan pertikaian berhubung sistem yang digunakan untuk mengambil pembantu rumah dari negara itu.

Saravanan berkata, Malaysia dan Indonesia bersetuju mengintegrasi sistem sedia ada untuk pengambilan pembantu rumah.

Ini akan dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Hermono berkata, pembekuan itu akibat Jabatan Imigresen terus menggunakan Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian (MOS) untuk pengambilan pembantu rumah dan bukannya “One Channel System” (OCS).



Beliau berkata, penggunaan OCS dipersetujui dalam memorandum persefahaman (MoU) Malaysia dan Indonesia yang dimeterai April lalu.

Tetapi pada 19 Julai lalu, Saravanan memberitahu Dewan Rakyat, tiada syarat dalam MoU untuk Malaysia memansuhkan MOS.

Katanya, pembekuan sementara pekerja Indonesia memasuki Malaysia berpunca daripada kekeliruan berhubung mekanisme pengambilan buruh dari republik itu. FMT

Indonesia tarik balik pembekuan pekerja asing mulai 1 Ogos




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!



Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker