Lelaki didakwa bunuh isteri demi tuntut wang pampasan insurans

Lelaki didakwa bunuh isteri demi tuntut wang pampasan insurans

Seorang pemburu haiwan liar di Amerika Syarikat (AS) didakwa membunuh isterinya demi mendapatkan wang pampasan insurans nyawa berjumlah £4.2 juta (RM22.18 juta), lapor akhbar The Sun, semalam.

Lawrence Rudolph, 67, dituduh membunuh isterinya, Bianca di sebuah kabin terpencil di Zambia, semasa memburu harimau bintang.



Pendakwa raya berkata, Lawrence membunuh Bianca sebelum melaporkan bahawa mangsa menembak dirinya sendiri pada 2016.

Dalam perbicaraan mahkamah di negeri Colorado, Lawrence didakwa mengaku melakukan pembunuhan tersebut di hadapan teman wanitanya, Lori Milliron.

“Defendan membunuh isterinya demi Milliron,” kata penolong peguam AS, Bishop Grewell.

Bagaimanapun, peguam Lawrence, David Markus berhujah bahawa saksi telah tersalah dengar dan defendan sebaliknya berkata: “Mereka mengatakan saya membunuh isteri saya untuk kamu”.



Markus berkata, mangsa secara tidak sengaja menjatuhkan senjata sehingga menyebabkan tembakan dilepaskan ke arahnya.

Berikutan siasatan selama dua hari di Zambia, pihak berkuasa menyimpulkan kematian itu sebagai kemalangan, begitu juga penyiasat insurans, kata Markus.

Lawrence didakwa dengan kesalahan membunuh dan menipu. Jika didapati bersalah, dia berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup atau dihukum mati. K Online

Lelaki didakwa bunuh isteri demi tuntut wang pampasan insurans




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 tahun, Personaliti Media Sosial Khaby Lame Paling Popular Di TikTok [VIDEO]



Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya

Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker