‘Rafizi perlu henti kitar semula isu khemah besar, NFC’

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli perlu berhenti mengitar semula isu-isu lama seperti cadangan khemah besar pembangkang, skandal 1MDB dan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC) sekiranya beliau mahu memacu kemenangan parti dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, Rafizi tidak boleh berterusan menggunakan pendekatan retorik dan provokatif untuk meraih sokongan pengundi pada saat masalah dalaman politik PKR juga masih belum diselesaikan lagi susulan kontroversi keputusan pemilihan parti itu sebelum ini.

Jelas beliau, rakyat sebenarnya sudah muak dengan isu skandal 1MDB dan NFC kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menyelesaikan isu tersebut semasa menjadi kerajaan selama 22 bulan walaupun menjadikannya antara isu utama pada PRU14.

Pada masa sama, Mohammad Tawfik turut melihat keghairahan Rafizi menjadikan usul penolakan cadangan khemah besar pembangkang sebagai topik perbincangan utama dalam Kongres Nasional Ke-16 PKR bermula hari ini, juga tidak selari dengan kehendak rakyat yang mahukan parti-parti politik kembali membincangkan soal kepentingan ‘periuk nasi’ mereka.

“Kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (Khamis) ternyata berbeza dengan pandangan Rafizi dalam soal perbincangan khemah besar pembangkang, di mana Pengerusi PH itu mahu merangkul kekuatan parti induk secara menyeluruh manakala Rafizi pula memberi pandangan tidak selari.

 

Rafizi kena membuktikan bahawa hubungan beliau dan Anwar adalah benar-benar utuh, dan tidak sekadar mesra bersandarkan sekeping gambar sahaja.
Rafizi kena membuktikan bahawa hubungan beliau dan Anwar adalah benar-benar utuh, dan tidak sekadar mesra bersandarkan sekeping gambar sahaja.

“Selain itu, Rafizi pula kembali muncul di persada politik negara dengan membawa isu-isu lama seperti skandal 1MDB dan NFC yang saya yakin kurang meracuni pemikiran rakyat. Beliau perlu cari isu-isu baharu.

“Jika betul Rafizi mahu rangkul kekuatan parti, mengapa sekadar bangkit isu lama dan tidak kemuka solusi boleh membuka jalan kepada penyelesaian? Saya tidak nampak Rafizi berpijak di bumi nyata, rakyat tindak mahu ahli politik yang sekadar menyemarakkan gimik politik,” ujar beliau kepada Sinar Premium pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Rafizi yang menggesa perwakilan parti menolak mana-mana pemimpin yang cenderung menyokong idea pembentukan khemah besar pembangkang dalam sesi pemilihan jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bersempena Kongres Nasional parti itu.

Mengulas lanjut, Mohammad Tawfiq menggesa Rafizi kembali menumpukan usaha menyelesaikan masalah dalaman PKR terlebih dahulu.

Ujarnya, dengan kemenangan beliau sebagai Timbalan Presiden PKR baharu seharusnya mewujudkan gelombang positif kepada parti dan PH bagi menaikkan semangat akar umbi dan pengundi atas pagar, Rafizi perlu mengambil peluang itu untuk mengukuhkan hubungan ‘sukar’ beliau dengan Anwar.

“Tidak cukup untuk beritahu rakyat hubungan Anwar-Rafizi sudah benar-benar pulih dengan sekeping gambar pertemuan mereka sambil diiringi (Ahli Parlimen Permatang Pauh) Nurul Izzah Anwar. “Rafizi kena bersikap matang dalam berorganisasi dan mengurangkan pendekatan retorik yang akhirnya akan merugikan PKR dan PH kelak,” tegasnya lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker