Lima jenis cerai popular di Mahkamah Syariah, golongan wanita kena tahu
Lima jenis cerai popular di Mahkamah Syariah, golongan wanita kena tahu
Golongan wanita perlu ambil tahu lima jenis cerai popular di Mahkamah Syariah sebagai pengetahuan kepada mereka, seperti dikongsikan oleh seorang peguam syarie ini.
Menerusi perkongsian Fahmi Ramli, jenis cerai popular yang pertama ialah cerai seksyen 47 iaitu cerai persetujuan bersama atau secara baik.
“Suami memang ada kuasa untuk lafaz cerai, tapi mesti dengan kebenaran hakim. Kalau tidak, kena denda nanti.
“Isteri boleh failkan, suami pun boleh failkan. Masalahnya, kalau suami tidak bersetuju untuk lafaz cerai, maka seksyen ini tidak boleh dipakai,” katanya pada hantaran Facebook.
Beliau berkata, seterusnya ialah pengesahan lafaz cerai iaitu apabila suami melafazkan cerai di luar mahkamah, jadi pengesahan tersebut perlu dibuat di mahkamah.
“Kalau anda dapat rasakan suami ada lafaz sama ada lafaz sarih (jelas) atau lafaz itu lafaz kinayah (kiasan), wajib buka kes pengesahan di mahkamah. Biar mahkamah yang putuskan,” jelasnya.
Jenis cerai ketiga ialah cerai takliq dan beliau menjelaskan iaitu suami melanggar atau tidak patuh kepada janjinya selepas bernikah.
“Lafaz takliq ini dibaca selepas akad nikah dan akan tertulis di dalam sijil nikah anda. Kes ini boleh difailkan di Mahkamah Rendah Syariah. Isteri tuntut dan isteri juga perlu buktikan dakwaannya di mahkamah.
“Keempat ialah cerai fasakh maksudnya, mahkamah ‘membubarkan’ perkahwinan dengan alasan yang ada di dalam undang-undang. Ada banyak alasan isteri boleh tuntut fasakh, cuma paling penting dakwaan itu perlu dibuktikan.
“Kalau hakim berpuas hati, maka sabitlah fasakh perkahwinan tersebut,” jelasnya.
Bagi jenis cerai popular kelima iaitu tebus talak, Fahmi berkata, isteri membayar sejumlah wang kepada suami sebagai bayaran untuk menebus perkahwinan tersebut.
“Masalah besar jika salah satu pihak tidak bersetuju untuk tebus talak atau tidak bersetuju dengan jumlah tebus talak. Sepatutnya jumlah tebus talak adalah isteri memulangkan semula mahar perkahwinan, tetapi tidak disebut dalam undang-undang perkara sedemikian,” ujarnya. K Online
Lima jenis cerai popular di Mahkamah Syariah, golongan wanita kena tahu
Baca Artikel Menarik:
- Calon MPP selar Rafizi pilih bulu
- Keretakan rumah tangga Noh-Mizz Nina? ‘kamu semua kena tipu’
- ‘Derhaka’ cara pakai, Neelofa kecewa inainya diburuk-burukkan
- Tukar logo hadapi PRU-15 bukti PAS tidak yakin dengan jenama PN
- Pesalah seks di Thailand akan dimandulkan
- Ketahui 6 Punca Biasa Buatkan Sinki Dapur Mudah Tersumbat, Yang Ke 5 Memang Tak Sangka!
- Natasha Hudson Tegur Dato Ac Mizal Isu Anjing
- Kontroversi pemilihan PKR, solusi penyatuan bertukar jadi bom jangka?
- Tak ingat Tuhan agaknya – Mira Filzah
- Indonesia beku pekerja, banyak lagi negara sumber ada – Hamzah
- Syamsul Yusof saran undang-undang hina Islam diperketat
- Tajuddin sendiri akan keluar kenyataan mengenai isu duta – Ismail
- Kes terpotong anu: Kerajaan, empat lagi fail rayuan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET