Krisis PKR 2018 berulang sebab pemilihan tidak berwibawa

Krisis PKR 2018 berulang sebab pemilihan tidak berwibawa

Kongres Nasional PKR 2022 yang membuka tirai esok bakal menjadi tumpuan umum, khususnya pemerhati politik dan akar umbi menyaksikan parti terbesar berbilang kaum itu menyelesaikan “kemelut”, selepas berakhirnya pemilihan parti awal bulan lalu.

Penganalisis politik, Sivamurugam Pandian dari Universiti Sains Malaysia berpendapat, PKR perlu menyelesaikan segera isu yang timbul selepas pemilihan bagi mengelakkan krisis pada 2018 berulang dengan merujuk Langkah Sheraton yang diketuai bekas timbalan presiden, Azmin Ali.

Selain kekalahan dalam pilihan raya negeri di Sarawak, Melaka, dan Johor, faktor utama PKR dilihat goyah adalah Langkah Sheraton serta kegagalan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

“Ia boleh berpanjangan jika tidak ditangani segera. Sebab Rafizi Ramli cakap terima keputusan dan buat persediaan ke arah pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Kenyataan itu jelas menunjukkan PKR sedang berhadapan kemelut dalaman.

“Jika tak dilakukan segera, maka berulanglah apa yang pernah melanda PKR sebelum ini dan 2018,” katanya kepada FMT.

Sivamurugam juga tidak menolak kemungkinan konflik berpanjangan dalam PKR mungkin melenyapkan peluang parti itu meraih sokongan rakyat untuk memenangi PRU15.

Pada pemilihan bulan lalu, kredibiliti Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) turut teruji apabila pihak dalam parti itu sendiri mempertikaikan keupayaan mereka menguruskan pemilihan sehingga terdapat desakan dilakukan audit forensik terhadap keputusan pemilihan oleh pihak yang kalah.

Malah, hasilnya, Kongres PKR yang sepatutnya berlangsung 26 Jun lalu terpaksa ditangguh ke 15 Julai bagi memberi ruang agar audit dapat dijalankan ke atas lebih 1,800 aduan dan bantahan diterima berkaitan pemilihan parti.

Namun, keputusan audit yang dilakukan pakar digital tidak mampu memuaskan hati pengadu utama, iaitu bekas ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang menyifatkan JPP tidak mengambil tindakan berkaitan aduan undian dalam talian menerusi aplikasi Adil.

Laporan audit juga mendapati ada cubaan untuk menggodam oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mempengaruhi keputusan pemilihan.

Kongres Nasional selama tiga hari di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam akan bermula dengan perhimpunan Pemuda serta Wanita, diikuti kongres nasional keesokannya. Acara rasmi PKR kali ke-14 itu juga akan memperkenalkan barisan kepimpinan PKR baharu, antara lain menyaksikan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai timbalan presiden.

Manakala jawatan nombor satu tidak menjadi tumpuan kerana Anwar sudah menang tanpa bertanding jawatan presiden.

Selain itu, empat calon yang memenangi jawatan naib presiden ialah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun. Chang, Nik Nazmi dan Aminuddin dikaitkan dengan kem Rafizi.

Penganalisis melihat keputusan pemilihan ini akan mewujudkan keseimbangan dalam PKR, dengan Ketua Pemudanya, Adam Adli Abdul Halim dan Ketua Wanita, Fadhlina Sidek daripada kem Saifuddin Nasution Ismail.

“Ada keseimbangan dalam PKR. Ada puak sokong Rafizi, ada puak sokong Saifuddin. Ini kena lihat sebagai ‘Tim Anwar’. Saya harap mereka lepas ini tidak ada label tim mana-mana, tapi jadikan mereka sebagai ‘tim Anwar’,” kata Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya.

Kongres kali ini akan menjadi pentas buat PKR menggarap semangat akar umbi kerana ia merupakan perhimpunan terbesar mereka sebelum PRU15. Bagi penganalisis dari Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain, pengukuhan bukan setakat dalam parti, sebaliknya PKR juga perlu mengubah persepsi masyarakat yang kian hilang kepercayaan terhadap ahli politik.

“Ketika ini, terlalu berisiko mana-mana parti ambil tindakan terburu-buru dalam suasana orang ramai tak berminat ambil tahu hal politik. Sebarang pergeseran dalaman hanya akan merugikan parti gergasi seperti PKR. Masyarakat seolah-olah hilang minat kepada politik sejak akhir-akhir ini.” FMT

Krisis PKR 2018 berulang sebab pemilihan tidak berwibawa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker