4 beranak maut kemalangan mahu hantar anak dapat kerja baharu
4 beranak maut kemalangan mahu hantar anak dapat kerja baharu
Empat individu yang maut dalam nahas tujuh kenderaan dekat Ipoh, Perak pada petang ini merupakan sepasang suami isteri bersama dua anak perempuan yang dalam perjalanan ke ibu kota untuk menghantar salah seorang anaknya mendapat kerja baharu.
Mereka maut dalam kemalangan itu ialah Rahim Ramli, 60, yang juga pesara polis, isterinya Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak perempuan, Nor Nadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27.
Anak saudara kepada Siti Petimah yang mahu dikenali sebagai Atie, 43, berkata, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah untuk menghantar seorang anak perempuan mereka yang baru mendapat kerja di Kuala Lumpur.
Menurutnya, keluarga itu bertolak awal pagi dan kali terakhir dapat dihubungi sekitar jam 12 tengah hari ketika mereka berada berhampiran Alor Pongsu, Perak.
“Sekitar jam 4.30 petang saya cuba untuk hubungi ibu saudara saya untuk bertanyakan sudah sampai di mana, namun talian tidak bersambung.
“Saya cuba telefon ke nombor lain, tetapi tiada satu pun yang berjaya membuatkan hati saya tak tenang.
“Sampailah saya dapat panggilan daripada seorang lagi makcik maklumkan kejadian itu,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Beliau yang ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh berkata, kali terakhir dia bertemu keluarga berkenaan pada Isnin lepas ketika perayaan Aidiladha.
Katanya, ketika itu ibu saudaranya kelihatan gembira kerana mendapat tahu anaknya telah mendapat kerja.
“Kami baru jumpa, mereka nampak gembira bersama, tak sangka kejadian ini mengorbankan keempat-empat mereka sekali,” katanya.
Dalam pada itu, suasana di Jabatan Forensik HRPB di selubungi pilu dengan tangisan ahli keluarga apabila seorang lagi anak mangsa hadir bagi proses pengecaman dan tuntutan jenazah.
Semua jenazah dimaklumkan akan dikebumikan di Permatang Pasir, Permatang Pauh, Pulau Pinang sebaik selesai bedah siasat.
Kejadian di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Ipoh itu membabitkan tujuh kenderaan yang terdiri daripada enam kereta dan sebuah treler.
Akibat nahas itu, empat mangsa dilaporkan tersepit sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. FMT
4 beranak maut kemalangan mahu hantar anak dapat kerja baharu
Baca Artikel Menarik:
- Calon MPP selar Rafizi pilih bulu
- Keretakan rumah tangga Noh-Mizz Nina? ‘kamu semua kena tipu’
- ‘Derhaka’ cara pakai, Neelofa kecewa inainya diburuk-burukkan
- Tukar logo hadapi PRU-15 bukti PAS tidak yakin dengan jenama PN
- Pesalah seks di Thailand akan dimandulkan
- Ketahui 6 Punca Biasa Buatkan Sinki Dapur Mudah Tersumbat, Yang Ke 5 Memang Tak Sangka!
- Natasha Hudson Tegur Dato Ac Mizal Isu Anjing
- Kontroversi pemilihan PKR, solusi penyatuan bertukar jadi bom jangka?
- Tak ingat Tuhan agaknya – Mira Filzah
- Indonesia beku pekerja, banyak lagi negara sumber ada – Hamzah
- Syamsul Yusof saran undang-undang hina Islam diperketat
- Tajuddin sendiri akan keluar kenyataan mengenai isu duta – Ismail
- Kes terpotong anu: Kerajaan, empat lagi fail rayuan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri
You must be logged in to post a comment.