Usul tergempar bincang rampasan dua aset Petronas

Usul tergempar bincang rampasan dua aset Petronas

SATU usul tergempar telah difailkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun bagi membahaskan isu dua aset Petronas di Luxembourg yang dilapor dirampas waris kesultanan Sulu.

Usul tergempar tersebut dihantar Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Salahuddin menegaskan, isu tersebut wajib dijawab Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan mesti dibahaskan dalam Sidang Parlimen akan datang.

“Saya telah menghantar satu usul tergempar kepada Speaker Dewan Rakyat berkaitan dua anak syarikat Petronas di Luxembourg dirampas oleh kesultanan Sulu.

“Rakyat wajar mendapat penjelasan berkaitan perkara ini memandangkan ia adalah aset negara kita,” katanya dalam hantaran di Facebook, malam tadi.

Salahuddin turut memuat naik salinan surat usul tergempar bertarikh 12 Julai itu yang dihantar kepada Azhar.

Surat berkenaan turut menyebutkan Perdana Menteri perlu memperjelas langkah perundangan yang telah dan sedang diambil oleh Pejabat Peguam Negara dan Petronas berkaitan perkara tersebut.

Selain itu, surat itu juga meminta perkara itu disegerakan penjelasan daripada Perdana Menteri sekiranya terdapat mana-mana prosiding pelaksanaan lanjutan dan di mana-mana bidang kuasa berlainan yang masih wujud.

Semalam, Petronas menegaskan bahawa ia menganggap tindakan yang diambil terhadapnya sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan dari segi undang-undang dalam perkara itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Petronas itu merujuk kepada laporan media Financial Times yang bertajuk ‘Petronas subsidiaries seized as lawyers press $15bn claim on Malaysia’.

“Kami mengesahkan bahawa kedua-dua anak syarikat dalam laporan tersebut telah menerima notis ‘Saisie-arret’ pada 11 Julai, 2022,” menurut syarikat minyak negara itu dalam kenyataan.

Petronas menjelaskan bahawa kedua-dua anak syarikatnya, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan Petronas South Caucasus S.à r.l. telah melupuskan kesemua aset di Republik Azerbaijan dan hasil daripada pelupusan itu telahpun dipulangkan dengan sewajarnya.

Aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh waris Kesultanan Sulu, yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia, demikian menurut laporan Financial Times yang disiarkan hari ini.

Peguam pihak yang menuntut, dilaporkan merampas aset PETRONAS yang didaftarkan di Luxembourg, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion. Utv

Usul tergempar bincang rampasan dua aset Petronas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker