Mengapa Kerajaan Perpaduan terus susahkan hidup Najib? – Sian See

Mengapa Kerajaan Perpaduan terus susahkan hidup Najib? – Sian See

Kerajaan Perpaduan dikatakan terus menyusahkan hidup Datuk Seri Najib Razak walaupun selepas 10 bulan bekas Perdana Menteri itu dipenjarakan atas sabitan kes SRC International Sdn Bhd.

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata demikian ekoran tindakan dua syarikat milik kerajaan tidak menggugurkan saman sivil terhadap Najib iaitu tuntutan ganti rugi sebanyak RM5 bilion oleh SRC International dan AS$8 bilion (RM37 bilion) oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Menurut beliau, berikutan saman-saman sivil itu, mahkamah membenarkan permohonan injunksi Mareva secara ex-parte oleh 1MDB dan SRC International terhadap Najib untuk membekukan asetnya.

Sian See menambah, melalui injunksi tersebut, Najib hanya dibenarkan mengeluarkan wang sehingga RM100,000 sebulan untuk semua perbelanjaan keluarga termasuk kos guaman dari akaun banknya.

“Jadi selain berada dalam penjara, aset-aset Najib turut dibeku dan perbelanjaan Najib juga dihadkan bertahun-tahun lamanya sehingga perbicaraan kes-kes saman sivil 1MDB dan SRC yang bermula pada 2025 selesai.

“Satu kezaliman dan ketidakadilan yang amat parah sekali,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.



Kedua-dua saman sivil tersebut difailkan pada 2021 ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berkuasa.

Beliau memberitahu, kerajaan tidak dapat apa-apa sekiranya memenangi kes-kes berkenaan kerana tidak mungkin Najib boleh bayar pampasan RM5 bilion atau RM37 bilion.

Sian See menambah, pada masa ini pun, Najib tidak mampu membayar denda RM210 juta atas sabitan kes SRC International dan tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM1.7 bilion.

“Nak penjarakan dia lagi pun tidak sebab sebab dia sudah ada dalam penjara sehingga umurnya capai 81 tahun.



“Kerajaan hanya bazirkan kos bagi peguam-peguam swasta yang diupah oleh syarikat SRC dan 1MDB serta kos mahkamah dengan kes-kes saman sivil seperti ini,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa mahu disusahkan lagi hidup Najib yang sangat banyak berjasa kepada rakyat dan negara semata-mata untuk perkara yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa pun.

“Jadi, sebab apa mahu bantu UMNO dan Kerajaan Perpaduan hari ini jika mereka biarkan sahaja kezaliman dan ketidakadilan seperti ini,” katanya. MG

Mengapa Kerajaan Perpaduan terus susahkan hidup Najib? – Sian See



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli



Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri



Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker