Teman lelaki Siti Nuramira didakwa muat naik kandungan menghina di media sosial

Teman lelaki Siti Nuramira didakwa muat naik kandungan menghina di media sosial

Teman lelaki Siti Nuramira Abdullah, wanita yang menimbulkan kontroversi semasa membuat persembahan komediri, didakwa atas dua tuduhan memuat naik kandungan menghina di media sosial.

Penulis bebas Alexander Navin Vijayachandran, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Azrul Darus.



Bagi tuduhan pertama, Navin didakwa berkongsi hantaran di akaun Instagram miliknya pada 5 Jun dengan niat menghina orang lain.

Mengikut tuduhan kedua pula, dia didakwa berkongsi kandungan di akaun YouTube miliknya pada 16 Jun dengan niat yang sama.

Tuduhan-tuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu membawa hukuman penjara maksimum satu tahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Azrul membenarkan Navin diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Sept untuk sebutan kes.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris, manakala Navin diwakili R Sivaraj.

Awal hari ini, Nuramira mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam ketika membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun. FMT

Teman lelaki Siti Nuramira didakwa muat naik kandungan menghina di media sosial


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman



Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker