Barisan exco Selangor bukti Melayu berkuasa

Barisan exco Selangor bukti Melayu berkuasa

Hanya dua dalam kalangan 10 exco baharu Selangor terdiri daripada kaum Cina mungkin cara untuk memberi mesej bahawa orang Melayu masih berkuasa, menurut penganalisis politik.

Tujuh daripada 10 exco itu adalah orang Melayu, manakala tiga lagi – Ng Sze Han, Ng Suee Lim dan Papparaidu Veraman daripada DAP.



Penganalisis politik, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, barisan exco itu mungkin bertujuan meredakan kebimbangan bahawa orang Cina, menerusi DAP, menguasai kerajaan, iaitu persepsi digunakan PAS dan Bersatu dalam kempen PRN bulan ini.

“Barisan exco ini memang menarik. Secara teknikalnya, DAP mempunyai bilangan portfolio terbesar iaitu empat, dan mereka sepatutnya dominan. Tetapi daripada empat itu, hanya dua berbangsa Cina, manakala masing-masing seorang Melayu dan India.

“Saya fikir kerajaan perpaduan cuba menunjukkan orang Melayu dominan, walaupun parti paling berjaya adalah DAP yang berasaskan Cina dalam PRN,” katanya kepada FMT.

Gabungan perpaduan memenangi 34 daripada 56 kerusi DUN. Daripada jumlah itu, DAP menang semua 15 kerusi ditandinginya, manakala PKR (12), Amanah (5) dan Umno (2).



Seramai 38 Adun Selangor berbangsa Melayu, dengan 22 daripada Perikatan Nasional dan 16 lagi daripada Pakatan Harapan-Barisan Nasional.

Penganalisis sosiopolitik, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, barisan exco negeri ini mampu meredakan sentimen perkauman yang dimainkan pembangkang, khususnya dakwaan kerajaan negeri dikawal orang Cina menerusi 15 kerusi dimenangi DAP.

“Ini tidak berlaku seperti yang kita dapat lihat daripada pelantikan exco. Ini menunjukkan orang Melayu dan India tidak diketepikan seperti didakwa pembangkang. Kita dapat lihat konsep perpaduan Malaysia digambarkan oleh kerajaan Selangor.”

Tetapi, dua penganalisis itu berpendapat apa yang penting untuk exco Selangor baharu ini adalah sejauh mana mereka mampu menguruskan negeri, khususnya dari segi ekonomi. FMT



Barisan exco Selangor bukti Melayu berkuasa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal – TMJ



Caprice kata ‘kamu ingat Kerajaan Malaysia macam spender’

Hairul Azreen berhenti berlakon



Gugurnya Air Mata Khai Bahar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker