Indonesia bekukan sementara pekerja asing buat Malaysia
Indonesia bekukan sementara pekerja asing buat Malaysia
Berkuat kuasa serta-merta, Indonesia akan membekukan sementara kemasukan semua pekerja ke Malaysia berikutan pelanggaran syarat-syarat dalam memorandum persefahaman (MOU) pekerja domestik antara kedua-dua negara yang ditandatangani hanya tiga bulan lalu.
Menjawab penjelasan oleh Malaysiakini, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono mengesahkan bahawa komunikasi rasmi berhubung perkara itu telah dihantar kepada Menteri Sumber Manusia M Saravanan semalam.
Hermono berkata surat itu menyebut pelanggaran terma dalam MOU mengenai pengambilan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia yang ditandatangani pada 1 April.
“Menteri telah dimaklumkan mengenai hasrat kami untuk mengenakan semula pembekuan sementara pengambilan tenaga kerja Indonesia ke semua sektor di Malaysia berkuat kuasa serta-merta,” katanya sambil menambah semua agensi pengambilan di Indonesia turut dimaklumkan semalam dan akan mematuhinya.
Hermono, menjelaskan bahawa permohonan Jabatan Imigresen melalui Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian (MOS) dalam pengambilan pekerja domestik Indonesia adalah pelanggaran MOU secara terang-terangan.
“Kami mempunyai bukti kukuh bahawa Jabatan Imigresen, di bawah Kementerian Dalam Negeri, terus menggunakan MOS untuk memudahkan pengambilan pekerja domestik Indonesia ke Malaysia,” katanya.
Ketika dihubungi, Saravanan menjawab secara ringkas bahawa perkara itu akan dibincangkan dengan menteri dalam negeri.
Adalah dilaporkan sebelum ini bahawa di sebalik menarik balik pembekuan Covid-19 ke atas permohonan pengambilan baharu pada Februari, Malaysia tidak melihat kedatangan pekerja asing yang ketara. Ini berikutan kelulusan kerajaan yang lembab dan rundingan dua hala yang berlarutan dengan Indonesia dan Bangladesh mengenai perlindungan pekerja. Mk
Indonesia bekukan sementara pekerja asing buat Malaysia
Baca Artikel Menarik:
- Hadi, Muhyiddin bercelaru, lebih banyak kesilapan akan dibuat – – Khairuddin
- Mungkin Takiyuddin membelakangkan Hadi – Asyraf
- Jabatan Peguam Negara teliti laporan waris Sulu rampas anak syarikat Petronas
- Rafizi senarai ‘geng’ tolak khemah besar rebut jawatan MPP PKR
- Panik dikepung, suspek pecah rumah tikam polis
- Insiden Tular Di Linkedua, Polis Johor Dapatkan Bantuan Polis Singapura Kesan 2 Suspek
- Waris Sultan Sulu Rampas Anak Syarikat Petronas -Laporan
- Lagi video komedi solo Crackhouse didakwa sindir Islam didedahkan
- Kontrak Wan Saiful sebagai Pengerusi PTPTN tamat dan tidak disambung
- TMJ cadang MB Johor pakai selipar
- Ini bezanya perjuang Mat Kilau dengan Mat PAS
- Duta Besar ke Indonesia: Tajuddin ‘gugur sebelum masak’
- Sanusi dedahkan Musang King dibalak zaman anak Mahathir sebagai MB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.