China halau kapal pemusnah AS di Laut China Selatan
China halau kapal pemusnah AS di Laut China Selatan
China mendakwa tenteranya ‘menghalaunya’ kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS), USS Benfold, kerana masuk secara haram dan belayar berhampiran Kepulauan Paracel yang menjadi pertikaian.
AS sering menjalankan aktiviti yang dipanggil Operasi Kebebasan Navigasi di Laut China Selatan, sekali gus mencabar apa yang dikatakannya sebagai sekatan ke atas hak laluan yang laksanakan oleh China dan pihak lain yang menuntut perairan sama.
Tentera AS berkata, USS Benfold ‘menegaskan hak dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan berhampiran Kepulauan Paracel, selaras dengan undang-undang antarabangsa.
China pula mengatakan pihaknya tidak menghalang kebebasan pelayaran atau melintasi ruang udara, sebaliknya menuduh AS sengaja mencetuskan ketegangan dengan memasuki kawasan larangan.
Pimpinan Teater Selatan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) berkata tindakan kapal AS itu adalah pelanggaran serius kedaulatan dan keselamatan China dengan memasuki perairan wilayah China secara haram di sekitar Paracels, yang turut dituntut Vietnam dan Taiwan.
“Pihak berkuasa PLA Selatan mengerahkan tentera laut dan udara untuk mengawasi, memantau, memberi amaran serta menghalau kapal terbabit.
“Sekali lagi fakta menunjukkan AS mencetuskan risiko keselamatan di Laut China Selatan dan ‘pemusnah keamanan serta kestabilan serantau,” katanya sambil menunjukkan gambar USS Benfold yang dirakamkan dari geladak kapal perang China, Xianning.
Tentera Laut AS berkata kenyataan China mengenai misi itu adalah ‘palsu’ dan yang terbaru dalam rentetan panjang tindakan China untuk ‘menyalahgunakan operasi maritim AS yang sah.
Sebaliknya, AS menegaskan tuntutan maritim yang berlebihan pihak China adalah tidak sah dan ‘mengorbankan’ kepentingan jiran Asia Tenggaranya di Laut China Selatan.
Sambil itu AS mempertahankan mana-mana negara berhak melintasi ruang udara, berlayar serta beroperasi selagi mematuhi undang-undang antarabangsa dan China tidak boleh mengatakan sebaliknya untuk menghalang negaranya.
China merampas kawalan Kepulauan Paracel daripada kerajaan Vietnam Selatan pada 1974.
Isnin lalu menandakan ulang tahun keenam keputusan oleh tribunal antarabangsa yang membatalkan tuntutan menyeluruh China ke atas Laut China Selatan, saluran untuk perdagangan bawaan kapal bernilai kira-kira AS$3 trilion (RM13.3 trilion) setiap tahun.
Bagaimanapun, China tidak pernah menerima keputusan itu, sebaliknya ia menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, bersaing dengan Vietnam, Filipina, Malaysia, Taiwan dan Brunei yang kesemuanya mempunyai tuntutan bertindih.
China juga sudah membina pulau buatan di beberapa pegangan Laut China Selatannya, termasuk lapangan terbang, menimbulkan kebimbangan serantau mengenai niat sebenar Beijing di Asia Tenggara. BH
China halau kapal pemusnah AS di Laut China Selatan
Baca Artikel Menarik:
- Hadi, Muhyiddin bercelaru, lebih banyak kesilapan akan dibuat – – Khairuddin
- Mungkin Takiyuddin membelakangkan Hadi – Asyraf
- Jabatan Peguam Negara teliti laporan waris Sulu rampas anak syarikat Petronas
- Rafizi senarai ‘geng’ tolak khemah besar rebut jawatan MPP PKR
- Panik dikepung, suspek pecah rumah tikam polis
- Insiden Tular Di Linkedua, Polis Johor Dapatkan Bantuan Polis Singapura Kesan 2 Suspek
- Waris Sultan Sulu Rampas Anak Syarikat Petronas -Laporan
- Lagi video komedi solo Crackhouse didakwa sindir Islam didedahkan
- Kontrak Wan Saiful sebagai Pengerusi PTPTN tamat dan tidak disambung
- TMJ cadang MB Johor pakai selipar
- Ini bezanya perjuang Mat Kilau dengan Mat PAS
- Duta Besar ke Indonesia: Tajuddin ‘gugur sebelum masak’
- Sanusi dedahkan Musang King dibalak zaman anak Mahathir sebagai MB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.