Isu jawatan TPM: PAS sentiasa ada dalil – Faiz

Isu jawatan TPM: PAS sentiasa ada dalil – Faiz

Cara PAS menguruskan isu jawatan timbalan perdana menteri sekarang, kata Faiz Fadzil, mengingatkan orang ramai kepada pendekatan diambil parti terbabit menjawab kegagalan pindaan Akta 355.

Kata Faiz walau dalam keadaan bagaimana sekali pun, PAS sentiasa memiliki dalil untuk memberikan justifikasi terhadap pendiran yang diambil mereka.



Menurut anggota Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional itu, semasa PAS giat mahu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 – yang lebih dikenali sebagai Akta 355 – dipinda, kegagalannya disandarkan kepada hujah bahawa mereka belum menjadi kerajaan.

“Tapi apabila sudah jadi kerajaan sekarang, dalil lain pula diberikan,” katanya.

Menurut Faiz, kaedah itu jugalah dilakukan PAS dalam isu jawatan timbalan perdana menteri apabila parti terbabit dianggapnya “berpusing-pusing mencari dalil”.

Berawal dengan penafian pemimpin tertinggi PAS, katanya, perjanjian didakwa dipersetujui Bersatu dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tersebut didedahkan mendapat penglibatan salah seorang tokoh utama parti terbabit.



Lebih memalukan, kata Faiz, draf perjanjian berkenaan turut mendapat sumbangan tokoh PAS dan dilakukan secara diam-diam sehingga tidak diketahui presidennya sendiri.

“Tetapi, dia kata bukan satu perjanjian, cuma satu memorandum perjanjian (MOA), sedangkan dalam undang-undang, MOA itu sama tarafnya dengan perjanjian,” katanya.

Aksi memalukan ahli politik

Isu jawatan timbalan perdana menteri mula menjadi pertikaian sekali lagi apabila Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengakui dia menemui Ismail Sabri untuk membincangkan mengenai jawatan dalam kerajaan.



Ketua Penerangan Umno Malaysia Shahril Hamdan kemudian menafikan kewujudan perjanjian tersebut pada 7 Julai lalu , sebelum ia turut disokong oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang, sehari kemudian.

Kenyataan itu mendorong Muhyiddin meminta Abdul Hadi merujuk perkara tersebut kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Muhyiddin juga menegaskan selain Takiyuddin, perjanjian dengan Ismail Sabri turut disaksikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa, serta Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Annuar merupakan ahli parlimen Ketereh dari Umno dan pernah menjadi setiausaha agung Umno, manakala Hamzah kini setiausaha agung Bersatu merangkap ahli parlimen Larut.



Semalam Takiyuddin menjelaskan dokumen yang dirujuk Muhyiddin dan Bersatu itu bukanlah suatu perjanjian sebaliknya hanya MOA.

Kata Takiyuddin, dokumen tersebut disiapkannya atas kapasiti sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, bukan atas sifatnya sebagai setiausaha agung PAS.

Faiz yang juga seorang peguam berkata, politik menggunakan pelbagai dalil itu memang sudah sebati dengan PAS.

“Sungguh memalukan melihat gelagat politikus-politikus ini.



“Sepatutnya apabila diberikan jawatan, mereka berkejar-kejarlah menyelesaikan masalah rakyat terutama ketika semua pihak dihimpit isu peningkatan kos sara hidup.

“Sebaliknya mereka berkejar-kejarkan jawatan yang tidak disebut di dalam perlembagaan.

“Inilah akibatnya apabila perdana menteri dilantik oleh sesama sendiri dalam parti, bukannya atas undi rakyat. Apa yang mereka utamakan hanyalah tembolok sendiri berbanding perut rakyat,” katanya. Mk

Isu jawatan TPM: PAS sentiasa ada dalil – Faiz




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker