753 anak muda digilap bakat kepemimpinan tinggi – Ismail

753 anak muda digilap bakat kepemimpinan tinggi – Ismail

Pelaksanaan program Felo Perdana dan Felo Korporat memberi pendedahan terbaik kepada anak muda sama ada dalam kalangan graduan atau lepasan graduan bagi menggilap bakap kepemimpinan tinggi dalam sektor awam mahu pun swasta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak dilaksanakan pada 2013 bagi program Felo Perdana dan Felo Korporat pada 2019, seramai 753 anak muda yang memiliki bakat kepemimpinan tinggi menyertainya.



Menurut beliau, setiap peserta berpeluang melihat dan belajar cara seorang menteri menguruskan kementerian apabila menjadi felo kepada seorang menteri, bukan hanya terhad kepada skop kerja menteri, malah, gerak kerja keseluruhan kementerian.

Beliau menjelaskan, setiap felo juga perlu bersikap proaktif dan mengambil inisiatif sendiri jika ingin mempelajari lebih mendalam tentang sesuatu perkara termasuk boleh berjumpa dengan ketua setiausaha kementerian dan timbalannya untuk belajar apa yang ada di kementerian tersebut.

“Ini termasuk cara bagaimana sesuatu dasar dan polisi sesebuah kementerian itu dilakukan.

“Begitu juga jika berpeluang ke Parlimen, harus dimanfaatkan untuk melihat debat dilakukan di dalam Parlimen serta proses dalam menyediakan kertas jawapan bagi sidang Parlimen,” katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Peserta Felo Perdana dan Felo Korporat Tahun 2022 di sini hari ini.



Seramai 110 peserta kedua-dua program berkenaan terpilih iaitu 10 peratus daripada ribuan yang memohon.

Ismail Sabri berkata, felo juga didedahkan dengan tugas sebagai ahli politik, sekali gus berharap setiap menteri yang balik ke kawasan boleh membawa felo bersama, supaya mereka dapat belajar pengalaman tersebut.

Ini bermakna, kata beliau, felo bukan sahaja dapat pendedahan mengenai tadbir urus negara atau sidang Parlimen, tetapi juga aktiviti politik di Parlimen masing-masing.

“Secara tidak langsung, apabila bersama-sama dengan menteri, felo akan tahu bagaimana susah senang pekerjaan tersebut dan apa sebenarnya yang dilakukan.



“Gunakanlah peluang yang ada ini sebaiknya untuk menimba ilmu. Kepada para menteri, turunkanlah ilmu agar mereka dapat pengalaman yang berharga sepanjang program,” katanya.

Perdana Menteri turut memaklumkan, kebanyakan felo masih terus berkhidmat dengan mentor hasil program berkenaan, selain ada ditawarkan menjadi penjawat awam serta menyertai sektor korporat, usahawan, aktivis dan ahli politik.

Sebagai contoh, katanya, dua daripada tiga Felo Perdana yang ditempatkan di Pejabat Perdana Menteri pada tahun lepas masih berkhidmat dengan ditawarkan jawatan bersesuaian.

“Mereka ini banyak membantu khususnya dalam menyalurkan idea-idea baharu bersesuaian dengan perkembangan terkini melibatkan generasi muda.



“Gunakanlah platform ini untuk memberikan idea dan visi untuk membina negara yang lebih baik era pasca pandemik Covid-19,” katanya. Utusan

753 anak muda digilap bakat kepemimpinan tinggi – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman



Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker