4 remaja lari dari rumah anak yatim ditemui selamat

4 remaja lari dari rumah anak yatim ditemui selamat

Empat remaja lelaki yang didakwa melarikan diri dari sebuah asrama pusat jagaan anak yatim di Kempadang tengah malam Ahad, ditemui selamat di rumah bapa saudara salah seorang remaja tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mereka yang berusia antara 13 dan 15 tahun itu, ditemui anggota polis yang membuat pencarian di rumah seorang kelindan lori pada pukul 10 malam tadi.

“Lelaki berusia 35 tahun itu mengatakan semua remaja itu berada di rumahnya dalam keadaan selamat. Rumah bapa saudara itu terletak kira-kira satu kilometer dari asrama pusat jagaan itu,” katanya dalam kenyataan.

Empat remaja termasuk tiga beradik itu difahamkan melarikan diri pada 12.30 tengah malam Ahad, menggunakan pintu belakang asrama, dipercayai kerana tidak berpuas hati selepas dilarang menggunakan telefon bimbit.

Kehilangan remaja yang mula mendiami pusat jagaan itu sejak dua dan setahun lepas, disedari oleh penyelia asrama yang membuat laporan polis petang semalam selepas usaha mencari mereka gagal. FMT

4 remaja lari dari rumah anak yatim ditemui selamat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker