Lelaki Sanggup Beratur 36 jam Untuk Beli PS5

SACRAMENTO – Seorang lelaki sanggup beratur selama 36 jam di hadapan sebuah kedai semata-mata untuk membeli konsol permainan Sony PS5, kelmarin.

Tyler Lopez bersama konsol Sony PS5 yang berjaya dimilikinya. – Twitter/Liz Kreutz

Tyler Lopez, 20, mula menunggu di hadapan kedai GameStop yang terletak di bandar Dublin pada pukul 8 malam, Rabu lalu.

Tyler di hadapan kedai GameStop di Dublin, California. – Twitter/Liz Kreutz

Dia berjaya mendapatkan satu daripada dua PS5 yang dijual di situ sempena jualan murah Black Friday.



“Saya sudah cukup gembira apabila berjaya membeli PS5 ini tetapi ia menjadi lebih seronok dapat menjadi bahan berita,” katanya kepada stesen televisyen ABC.

Kesungguhan remaja itu turut mendapat pujian Polis Dublin yang membelikannya air coklat panas dan donut ketika sedang menunggu kedai dibuka. – Agensi

Lain Order Lain Pulak Yang Dapat, Beli Sony PS5, Dapat Sekampit Beras



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker