Hati-hati dengan cubaan pecah-belah pemimpin UMNO – Shamsul Anuar
Hati-hati dengan cubaan pecah-belah pemimpin UMNO – Shamsul Anuar
Ahli-ahli dan pendukung UMNO diberi amaran supaya berhati-hati dengan usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk memecah-belahkan pemimpin-pemimpin UMNO.
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menegaskan hubungan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Datuk Seri Najib Razak sangat baik.
Beliau mengulas mengenai laporan media yang mendakwa Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mad berkata, Najib Razak perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap skandal 1MDB, dan bekas perdana menteri itu juga perlu menjalani hukuman sekiranya gagal rayuan terakhir beliau di Mahkamah Persekutuan.
Dalam wawancara bersama Asia Times, Mohamad dilaporkan berkata, Najib gagal membuktikan beliau tidak bersalah, sambil menambah Umno juga gagal “bercakap benar” mengenai skandal 1MDB.
Beliau dilaporkan merujuk kekalahan BN pada pilihan raya umum 2018 disebabkan satu isu iaitu 1MDB.
Bagaimanapun, Tok Mad menafikan membuat kenyataan bahawa Najib patut dipenjarakan dan menegaskan Asia Times mengambil kenyataannya di luar konteks.
”Apa yang saya katakan adalah Najib mesti mendapat perbicaraan adil. Sekiranya, beliau didapati bersalah, barulah beliau kena berdepan hukuman, tapi seperti kita tahu, kesnya belum lagi berakhir, sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan. Tapi, beliau mesti mendapat perbicaraan adil,” tambahnya.
Mengulas lanjut tentang laporan itu, Shamsul Anuar berkata, jangan putar-belit kenyataan Tok Mat. MG
Hati-hati dengan cubaan pecah-belah pemimpin UMNO – Shamsul Anuar
Baca Artikel Menarik:
- Azeez dakwa tanaman Musang King puncanya, Sanusi nafikan
- Ibu maut dikelar anak
- Bantuan kewangan kerajaan Pusat disalurkan kepada mangsa banjir Baling
- Farhash sangkal dakwaan Rafizi, anggapnya fitnah jahat
- Wanita dakwa dicabul pegawai exco Negeri Sembilan
- Beli patin buah RM1,245 seekor, pemilik restoren teruja
- Prank tarik tudung wanita melampau
- Tok Mat nafi kata Najib patut masuk penjara
- Syamsul zip mulut bila ditanya mengenai Ira Kazar
- Buat hantaran gambar lucah, wanita didakwa
- Hapuskan subsidi minyak masak, beri percuma 5kg sebulan kepada B40, M40
- Ebby Yus lega rumah siap, tunggu masa dapat kunci
- Suri rumah curi 2 peket Milo dipenjara 14 bulan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.