Guna permit tidak sah pegi haji, Arab Saudi hantar pulang jemaah
JAKARTA – Seramai 46 calon jemaah haji Indonesia telah dihantar pulang oleh kerajaan Arab Saudi kerana didapati menggunakan permit dan dokumen perjalanan yang tidak sah, lapor laman berita Tribunnew semalam.
Perkara tersebut mendapat perhatian Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, KH Maman Imanulhaq yang kini turut berada di Arab Saudi.
Maman berkata, beliau berharap kes tersebut dapat dijadikan iktibar kepada masyarakat Indonesia yang
ingin menunaikan ibadah haji supaya mereka menggunakan dokumen perjalan yang sah.
Lebih-lebih lagi katanya, kerana kerajaan Arab Saudi memandang serius calon jemaah haji yang didapati melanggar peraturan.
Beliau turut meminta Kementerian Agama untuk meluaskan pemberitahuan mengenai peningkatan kes penipuan termasuk membetulkan penyalahgunaan permit yang kerap berlaku.
“Pada ketika ini, banyak masalah membabitkan jemaah haji dari Indonesia sama ada melalui laluan biasa mahupun melalui visa dari negara lain.
“Ini adalah perkara penting bagi Kementerian Agama supaya jemaah kita tidak menjadi mangsa salah faham sistem dan skim penipuan yang tidak bertanggungjawab,” katanya. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azeez dakwa tanaman Musang King puncanya, Sanusi nafikan
- Ibu maut dikelar anak
- Bantuan kewangan kerajaan Pusat disalurkan kepada mangsa banjir Baling
- Farhash sangkal dakwaan Rafizi, anggapnya fitnah jahat
- Wanita dakwa dicabul pegawai exco Negeri Sembilan
- Beli patin buah RM1,245 seekor, pemilik restoren teruja
- Prank tarik tudung wanita melampau
- Tok Mat nafi kata Najib patut masuk penjara
- Syamsul zip mulut bila ditanya mengenai Ira Kazar
- Buat hantaran gambar lucah, wanita didakwa
- Hapuskan subsidi minyak masak, beri percuma 5kg sebulan kepada B40, M40
- Ebby Yus lega rumah siap, tunggu masa dapat kunci
- Suri rumah curi 2 peket Milo dipenjara 14 bulan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week